Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar
Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (bahasa Inggeris: Council on Tall Buildings and Urban Habitat , CTBUH) ialah sebuah lembaga antarabangsa dalam bidang bangunan tinggi dan reka bentuk bandar yang mapan. Pertubuhan bukan untung yang bertapak di Institut Teknologi Illinois di bandaraya Chicago, Illinois ini berfungsi mengumumkan penerima gelaran ‘Bangunan Tertinggi di Dunia’ dan juga merupakan badan berkuasa yang memberi ukuran rasmi ketinggian bangunan. Majlis ini diasaskan di Universiti Lehigh pada tahun 1969, di mana terletaknya pejabatnya sehingga berpindah ke Institut Teknologi Illinois pada Oktober 2003. Penarafan bangunan tertinggiCTBUH menempatkan ketinggian bangunan dengan tiga kaedah berbeza:
Kategori yang mengukur hingga ke atas bumbung digugurkan daripada kriteria pendudukan bangunan tertinggi pada November 2009.[1] Ini disebabkan pencakar langit berbumbung rata tidak sekerap ditemui pada zaman moden seperti pencakar langit yang bereka bina mercu rumit dan ciri-ciri parapet dinding cucur pada bumbungnya, menjadikannya lebih sukar menentukan bumbung bangunan. Rujukan
Pautan luar
Information related to Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar |
Portal di Ensiklopedia Dunia