MajalahMajalah (Jawi: مجلة , serapan Arab: مَجَلَّة majallah terbitan kata dasar جَلَّ jalla "menebal"[1]) merupakan penerbitan berkala baik secara mingguan, bulanan, tahunan dan sebagainya berisi bermacam-macam rencana pelbagai subjek ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca. Majalah biasanya dicetak berwarna menggunakan kertas yang lebih bermutu; ia boleh didapati di kedai-kedai buku, gerai majalah serta pasar-pasar dibiayai pengiklanan, langganan atau gabungan antara kedua-duanya. Majalah juga diterbitkan secara dalam talian di internet sama ada tunggal atau sekaligus dengan yang versi cetak. Terbitan pertama yang boleh dianggap berupa majalah muncul pada tahun 1663 dengan terbitnya Erbauliche Monaths Unterredungen di Hamburg yang mengkhusus kepada sastera dan falsafah.[2] Majalah pertama yang terbit dalam bahasa Melayu adalah Bustan Arifin disunting Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir di Melaka dari tahun 1821 hingga 1822.[3][4] KategoriMajalah terbahagi kepada dua kategori:
Penerbitan lainPenerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal. Majalah yang mempunyai pengedaran yang terbesar di dunia ialah Awake! (diterbitkan pada 1919). Pengedarannya sedunianya mencapai 34.3 juta buah buku dalam pelbagai edisi. Lihat juga
Rujukan
Information related to Majalah |
Portal di Ensiklopedia Dunia