Maharaja Lawak Mega
Maharaja Lawak Mega, (akronim MLM) merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro berkonsepkan acara liga tahunan artis komedi dan pelawak kelahiran Malaysia, serta penyertaan pelawak dari Indonesia dan Singapura menunjukkan dan mengetengahkan bakat lawak di pentas mega antarabangsa yang bertempat di Malaysia.[1] Dato' AC Mizal sebagai ikonik & figura tetap Maharaja Lawak Mega disamping 4 orang juri berlainan latar belakang. KonsepPenyertaan pelawak adalah bebas (terbuka kepada semua pelawak), mereka boleh membentuk kumpulan sendiri sama ada kumpulan sedia ada atau membentuk gabungan baru yang lebih hebat (kumpulan baru), serta beraksi secara solo[2]. Pemilihan pelawak juga berdasarkan kepada pilihan pihak produksi dan cabaran Hot Seat bagi melengkapkan jumlah senarai teratas. Sebanyak 70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton selain pelbagai konsep undian baru diperkenalkan seperti undian tiktok, facebook, laman web rasmi (ditukarkan kepada Astro Gempak) bergantung kepada musim. Rancangan ini telah memulakan musim pertamanya pada 28 Oktober 2011, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna (saluran 107) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini. Kumpulan Bocey telah mencatat sejarah apabila menjadi kumpulan pertama yang berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega dua tahun berturut-turut pada edisi 2016 & 2017. Setahun berehat berikutan pandemik COVID-19 pada penghujung tahun 2019, rancangan ini kembali bersiaran bagi musim kelapan mulai 15 Oktober 2021. Juara Maharaja Lawak MegaJuara Maharaja Lawak Mega akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM350,000 beserta trofi. Mulai tahun 2012, Juara Maharaja Lawak Mega akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 500,000 berserta trofi. Sekaligus, menjadikan rancangan realiti hiburan komedi Malaysia paling tinggi nilai ganjarannya khas untuk juara bermusim.
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega
Barisan Juri Tetap Maharaja Lawak MegaMan Of The Match
Anugerah dan Pencalonan
BelasungkawaMereka pernah menyertai Maharaja Lawak Mega suatu ketika dahulu. Pemergian mereka pastinya tiada pengganti dan terima kasih telah menghiburkan kami semua. Al-Fatihah buat mereka dan salam takziah kepada Rama
Rujukan
Pautan LuarInformation related to Maharaja Lawak Mega |
Portal di Ensiklopedia Dunia