Laporan Suruhanjaya 9/11![]() The 9/11 Commission Report (Laporan Suruhanjaya 9/11), atau nama rasminya Final Report of the National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States ("Laporan Muktamad Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat"), merupakan laporan rasmi mengenai peristiwa-peristiwa yang membawa kepada serangan 11 September 2001, disediakan oleh Suruhanjaya Negara Tentang Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat (ataupun "Suruhanjaya 9/11") atas permintaan Presiden dan Kongres, dan dijual kepada umum atau boleh dimuat turun secara percuma. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 27 November 2002 (442 hari selepas serangan) dan laporan muktamadnya dikeluarkan pada 22 Julai 2004. Laporan ini asalnya dijadualkan keluar pada 27 Mei 2004, tetapi kompromi yang dipersetujui oleh Speaker Dewan Perwakilan Dennis Hastert membenarkan penundaan 60 hari sehingga 26 Julai. DapatanSuruhanjaya ini menemu bual lebih 1,200 orang di 10 negara, serta mengkaji lebih 2.5 juta halaman dokumen, termasuk dokumen keselamatan negara sulit yang dikawal rapi. Suruhanjaya ini juga amat bergantung pada siasatan PENTTBOM oleh FBI. Sebelum dikeluarkan oleh Suruhanjaya, laporan umum yang muktamad itu dipantau untuk sebarang kemungkinan terdapatnya maklumat sulit dan disunting di mana perlu. Selepas mengeluarkan laporan ini, Pengerusi Suruhanjaya Thomas Kean menegaskan bahawa kedua-dua Presiden Bill Clinton dan George W. Bush "tidak diberi khidmat sebaiknya" oleh FBI dan CIA.[1] Selain mengenal pasti kegagalan perisikan yang terjadi sebelum kejadian serangan, laporan itu turut membentangkan bukti untuk yang berikut:
Suruhanjaya ini juga membuat kesimpulan bahawa 15 daripada 19 perampas yang melakukan serangan itu adalah dari Arab Saudi, tetapi tidak menemui bukti bahawa kerajaan Arab Saudi bersekongkol dalam serangan ataupun membiayai para penyerang.[2] Mohamed Atta, ketua serangan itu, adalah dari Mesir. Dua orang perampas yang lain adalah dari Emiriah Arab Bersatu, dan seorang lagi dari Lubnan. Menurut Suruhanjaya, kesemua 19 perampas merupakan ahli-ahli pertubuhan pengganas al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden. Selain itu, walaupun terdapat persidangan antara wakil-wakil al-Qaeda dan pemimpin kerajaan Iraq, namun panel tidak mendapati sebarang bukti kukuh bahawa Saddam Hussein telah menolong al-Qaeda dalam persediaan atau pelaksanaan serangan 9/11. Laporan muktamad Commission turut memberikan bukti baru tentang perhubungan yang makin rapat antara Iran dan al-Qaeda. Laporan ini mengandungi maklumat mengenai bagaimana sebilangan penyerang 9/11 itu mudah memasuki Iran, serta menandakan bahawa pihak berkuasa di Iran tidak membuat cop kemasukan pada pasport mereka. Bagaimanapun, menurut Bab 7 laporan itu, tiadanya bukti bahawa Iran menyedari komplot 9/11 yang sebenarnya. Sejak itu, Iran melaksanakan usaha yang terbuka untuk menutup semua sarang al-Qaeda yang beroperasi di dalam negara. Laporan Suruhanjaya ini memutuskan untuk mempersalahkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) atas kegagalannya untuk memaklumkan pihak tentera. Ben Sliney, pengurus operasi FAA di Herndon, Virginia, dan Monte Belger, Pemangku Timbalan Pentadbir FAA untuk 9/11 kedua-duanya memberitahu Suruhanjaya bahawa perhubungan tentera hadir dan menyertai gerak balas Herndon apabila peristiwa 9/11 terbongkar. Sliney menyatakan bahawa semua orang yang perlu diberitahu telah diberitahu, termasuk tentera.[3][4] Selain hasil pencariannya, laporannya membuat cadangan yang menyeluruh untuk perubahan yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan yang sedemikian pada masa akan datang. Antaranya ialah pembentukan National Intelligence Director yang lebih tinggi daripada CIA dan FBI, dan banyak perubahan dalam dasar keselamatan sempadan dan imigresen. Laporan ini terdapat di Internet secara percuma, ataupun dalam bentuk buku berkulit lembut (ISBN 0-393-32671-3). Selain itu, Barnes and Noble turut menerbitkan laporan ini dalam bentuk buku kulit keras (ISBN 0-7607-6806-4). Diplomasi umum dan Perang Terhadap KeganasanSuruhanjaya 9/11 menegaskan bahawa “kejayaan jangka panjang memerlukan pengguna kesemua unsur kuasa negara: diplomasi, perisikan, tindakan terselindung, penguatkuasaan undang-undang, dasar ekonomi, bantuan luar, diplomasi umum, dan pertahanan tanah air.”[5] Pengganas dan pemberontak tidak akan ditewaskan dengan sekadar bilangan yang banyak; sebaliknya, objektif penumpasan musuh mestilah cukup terperinci supaya orang awam boleh menentukan sama ada matlamat-matlamat itu boleh dicapai. Untuk menumpaskan pemberontakan, perlunya memupuk satu ideologi, sistem nilai, dan persekitaran keselamatan yang lebih utuh daripada lawan. Suruhanjaya 9/11 menekankan penggunaan diplomasi umum. Penumpasan pemberontak dan pengganas tidak berasaskan taktik perang turun-temurun, sebaliknya merangkumi satu usaha strategi kebangsaan yang menggunakan semua unsur kuasa negara.[5] Pada tahun 2003, kerajaan A.S. menyedari betapa pentingnya sokongan politik dan budaya untuk usaha melawan pemberontakan di Afghanistan. Seorang pegawai setempat Afghan berpendapat bahawa Afghanistan berada di jalan yang betul ke arah pemerintahan yang lebih stabil lalu merayu kepada A.S. supaya tidak meninggalkan medan perang atas alasan bahawa Afghanistan akan menjadi ketinggalan jika A.S. menarik balik sokongan politik dan bantuan kepada penduduk tempatan.[6] Para penduduk Afghanistan mampu berinteraksi dengan kehadiran A.S. di negara mereka sehingga mereka berasa lebih selamat, maka ideologi pemberontak pun ditangkis. Kemampuan Amerika Syarikat berinteraksi dengan penduduk tempatan Afghanistan merupakan alat yang penting untuk menjayakan operasi anti-pemberontakan di negara itu. Menurut Suruhanjaya 9-11, mengadakan diplomasi umum dengan penduduk tempatan Afghanistan adalah perlu untuk kejayaan jangka panjang di negara itu. “Seorang bekas Setiausaha Kedua Negara untuk Diplomasi Umum dan kedua-dua pengerusi Suruhanjaya 9/11 berpendapat bahawa alat-alat dipolmasi umum semestinya penting dalam perang terhadap keganasan seperti alat ketenteraan, oleh itu mestilah diberi lebih pembiayaan kerajaan sehingga sama rata.”[7] KritikanLaporan ini dituduh tidak memberikan keseluruhan cerita mengenai amaran yang diterima oleh Amerika Syarikat sebelum serangan itu.[8] Walaupun Laporan itu memang menerangkan bahawa "sistem sudah berkedip-kedip lampu merahnya" dan serangan al-Qaeda pasti akan berlaku, namun ia tidak merangkumi testimoni bekas pengarah CIA, George Tenet kepada Suruhanjaya pada Januari 2004, yang mana beliau mengakui telah memberikan amaran yang spesifik kepada Pentadbiran ketika bertemu dengan Condoleezza Rice pada Julai 2001. Ahl-ahli suruhanjaya, Thomas Kean dan Lee Hamilton mengaku bahawa mereka tidak pernah diberitahu akan perjumpaan itu, tetapi akhbar Boston Globe melaporkan bahawa "rupanya, panel itu sebenarnya telah diberitahu tentang perjumpaan itu, menurut transkrip temu bual dan ahli Suruhanjaya Demokrat, Richard Ben-Veniste yang menduduki temu bual itu bersama Tenet."[9] Pakar anti-keganasan FAA, Bogdan Dzakovic percaya bahawa kelalaian keselamatan di lapangan terbang sehingga membolehkan para perampas itu menaiki kapal terbang itu dengan mudah bukan disebabkan kepincangan dalam sistem yang dikenal pasti oleh Laporan. Lebih-lebih lagi, beliau berkata bahawa "Ramai birokrat FAA yang giat menghalang usaha mempertingkat keselamatan sebelum 9/11 telah dinaik pangkat oleh FAA atau Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan."[10] Laporan itu tidak menyebutkan namanya, walaupun Dzakovic telah memberikan testimoni yang berikut kepada Suruhanjaya mengenai kerja pemeriksaannya secara menyamar terhadap keselamatan lapangan terbang sebelum 9/11:
Sumber-sumber lain turut membidas Suruhanjaya kerana tidak cukup membuat penyelidikan untuk mendekati teras masalah. Dalam temu ramah 2004, Bernard Gwertzman dari Majlis Hubungan Luar, mengulas tentang Laporan ini:
Dalam rencana bertajuk "Whitewash as Public Service: How The 9/11 Commission Report defrauds the nation" (Perkhidmatan Awam Menutup Keburukan: Bagaimana Laporan Suruhanjaya 9/11 menipu negara) yang keluar pada tahun 2004, penulis Benjamin DeMott untuk Harper's Magazine mendakwa:
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Rencana berita
Information related to Laporan Suruhanjaya 9/11 |
Portal di Ensiklopedia Dunia