Laici, lengkeng, lingking, kelengkang atau kelengkeng (nama botani: Litchi chinensis)[4] adalah sejenis pokok yang tumbuh asal di kawasan tropikaGuangdong, Fujian, dan Yunnan selatan China. Ia merupakan satu-satunya spesies dalam genus Litchi keluarga Sapindaceae.[5][6]
Nama lingking (Jawi: ليڠكيڠcode: ms is deprecated ) digunakan di Sumatera.[2]
Botani
Pokok
Pokok laici jenis malar hijau yang boleh tumbuh sehingga 30 meter. Daun-daunnya disusun berselang seli. Helai anak daunnya berbentuk bujur telur 5-11 sentimeter panjang dan 1.7-4 sm lebar; permukaan atasnya berkilat manakala bawahnya kelabu kusam.[5][6]
Buah
Buahnya berbentuk bujur atau jantung dengan garis pusat 2.5 hingga 4 sm. Beratnya kira-kira 20 gram.[8][9] Kulitnya nipis tapi kasar.[6]
^ abWilkinson, Richard James (1932). "laichi". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 10 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^ abcMorton, J.F. (1987). Lychee in Fruits of Warm Climates. West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat: Pusat Tanaman Baru, Jabatan Hortikukltur dan Seni Landskap Universiti Purdue. m/s. 249–259.