Lagenaria siceraria f. microcarpa (Naudin) M.Hiroe
Lagenaria vittata Ser.
Lagenaria vulgaris Ser.
Lagenaria vulgaris var. clavata Ser.
Lagenaria vulgaris var. gourda Ser.
Pepo lagenarius Moench
Trochomeria rehmannii Cogn.
Labu air (Lagenaria siceraria), turut dipanggil labu putih, labu air putih, labu botol, labu berleher, labu jantung, labu kocong atau labu pandak, ialah penjalar yang ditanam untuk buahnya. Ia boleh dituai semasa putik sebagai sayuran atau dituai matang untuk dikeringkan dan digunakan sebagai perkakas, bekas atau alat muzik. Buah labu yang segar berkulit hijau muda licin dan isi putih.
Pokok labu merupakan salah satu pokok yang ditanam di dunia, ditanam bukan sebagai makanan tetapai bagi bekas simpanan.[2]
Asal dan taburan
Ia biasanya dikenali sebagai pokok ditanam di kawasan tropika dan separa tropika berasal dari Asia menurut sesetengah sumber, dan Afrika daripada sumber lain. Ia mudah tumbuh meliar. Sejenis labu yang hidup liar dijumpai baru-baru ini di Zimbabwe.[3] Labu awal ini memiliki kulit nipis yang tidak tahan bagi penghantaran. Labu masa kini memiliki kulit tebal melalui penanaman.[4]
Penyelidikan terkini menunjukkan dua pendomestikan yang tidak berkait: yang pertama sekitar 8–9 juta tahun dahulu di Asia, yang kedua sekitar 4 juta tahun dahulu di Afrika. Kulit labu yang ditanam, tidak seperti saudara liarnya, adalah tebal dan tahan air. Ketahanan dan sifat ringan labu ini menjadikan ia mampu tersebar meluas tanpa campur tangan manusia kerana biji benihnya kekal mampu bercambah walaupun terapung di laut untuk tempoh yang lama
Manusia telah mengumpul, menyimpan dan menyemai biji benih buat masa yang lama sehinggakan ia boleh dibukti melalui genetik dan mendorong kepada perubahan bentuk bagi labu Asia dan labu Afrika. Ini membolehkan mengenal pasti asal labu di kawasan berlainan. Sementara itu, penyelidikan menunjukkan labu yang dijumpai dalam jumpaan arkeologi Amerika lebih hampir kepada subspesies labu Asia berbanding labu Afrika.[5]
Keracunan
Sebagaimana ahli keluarga Cucurbitaceae, labu memiliki cucurbitacin yang diketahui mengandungi sitotoksin. Toksin yang dikenali sebagai sebatian tetracyclic triterpenoid cucurbitacins wujud dalam buah dan sayuran keluarga timun, bertanggung jawab bagi rasa pahit dan mampu menyebabkan ulser perut. Terdapat juga kes lampau di mana orang mati akibat meminum air labu.[6][7]
^"Lagenaria siceraria (Molina) Standl". Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. 2017. Dicapai pada 2 December 2020.