Kereta kebal TAM
Kereta kebal TAM (“Tanque Argentina-Mediano’’) merupakan kereta kebal serdahana keluaran kerjasama Jerman & Argentina. PembangunanSejarahPada tahun 1974, Thyssen Henschel (kini Henschel Wehrtechnic) telah memenangi kontrak dari Argentina bagi mereka bentuk dan pembangunan bagi kereta kebal serdahana yang digelar sebagai TAM “Tanque Argentina-Mediano’’) termasuk juga kenderaan tempur infantry “Vehiculo Combats Infanteria” yang kemudiannya dinamakan VCTP. Tiga prototaip setiap satu dibina dan dihantar melalui kapal ke Argentina. Pengeluaran dimulakan di kilang baru di Argentina dengan tempahan bagi 512 TAM dan VCTP, tetapi pengeluaran terhenti selepas sekitar 350 kenderaan dihasilkan disebabkan masalah belanjawan. Pembangunan lanjut oleh syarikat tersebut menghasilkan TH301 yang memiliki beberapa peningkatan termasuk system perencat kebakaran dan enjin yang lebih berkuasa. TatarajahPemandunya duduk disebelah kanan TAM, sementara enjinnya pula berada dikedudukan di sebelah kiri, sementara turet terletak di arah belakang. Komander kereta kebal duduk bersama jurutembak di turet, pemuat berada pada kedudukan di sebelah kiri. Meriam utamanya 105mm bermotor mampu mendongak dari -7° hingga +18° dan turet mampu berputar 360° penuh. Selaras mesingan 7.62mm dipasang sejajar sepaksi bersama senjata utama dan terdapat senjata yang sama di bahagian atas yang menawarkan perlindungan udara. Untuk meningkatkan lagi jarak beroperasi, tangki jarak jauh boleh dipasang di bahagian belakang. Peralatan tambahan bagi TH301 termasuk perlindungan perisai tambahan yang boleh dipasang apabila diperlukan. VariasiVCA 155 merupakan badan TAM yang dipanjangkan dan dipasang dengan turret Itali Palmaria howitzer gerak sendiri 155mm telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan Tentera Argentina. VCRT, ARV berasaskan kerangka TAM bagi Tentera Argentina telah dibina, sekadar prototaip sahaja Prototaip bagi sistem pelancar roket berganda 160mm dan 350mm telah dibina dengan menggunakan kerangka dari Argentina dan pelancar roket dari Israil. Selain itu terdapat banyak versi ujian di Jerman. StatusTAM telah digunakan dalam perkhidmatan dengan Tentera Argentina, sementara di Jerman pula, ia masih dalam peringkat ujian sehingga tahun 2000.
Rujukan
Primera pagina de la familia TAM: http://www.familia-tam.com/ Diarkibkan 2009-12-23 di Wayback Machine
Information related to Kereta kebal TAM |
Portal di Ensiklopedia Dunia