Kembara Mahkota Johor
Kembara Mahkota Johor (singkatan: KMJ) ialah siri program menjelajah negeri Johor Darul Takzim yang dicetuskan oleh Tunku Mahkota Johor. Tunku Ibrahim Ismail (kini, Sultan Ibrahim), bermula tahun 2001.[1] Program ini kekal diteruskan selepas Baginda menaiki takhta kesultanan. Dalam kembara ini, Baginda menggunakan motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda, dan kereta api, malah bot bagi penjelajahan ke pulau-pulau sekitar Johor. CetusanProgram KMJ dicetuskan oleh Tunku Ibrahim Ismail ketika menjadi Tunku Mahkota Johor dengan galakan ayahandanya, Sultan Iskandar untuk melawat seluruh negeri Johor bagi mendampingi rakyat jelata.[2] PencapaianDalam Kembara siri ke-12 pada 2010, Sultan Ibrahim mendapat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia sebagai Sultan pertama memandu kereta api secara rasmi. Baginda turut dikurniakan lesen memandu kereta api pada majlis yang telah diadakan di Stesen Keretapi Gemas. Baginda singgah di Stesen Keretapi Kulaijaya, Kluang dan Chamek.[3] Lihat jugaRujukan
Information related to Kembara Mahkota Johor |
Portal di Ensiklopedia Dunia