Jonathan Tah
Jonathan Glao Tah (lahir 11 Februari 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi bek tengah untuk kelab Bayer Leverkusen. Ibunya merupakan orang Jerman manakala bapanya berasal dari Ivory Coast. Kerjaya kelabTah memulakan kerjayanya di Altona 93. Seterusnya beliau sertai SC Concordia sebelum berpindah ke Hamburger SV. Pada 4 Ogos 2013, Tah melakukan penampilan pertamanya untuk Hamburger SV pada perlawanan Piala DFB menentang SV Schott Jena. Beliau kemudian melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 21 September 2013 ketika tewas 2-0 kepada Werder Bremen. Pada 1 September 2014, beliau dipinjam ke Fortuna Düsseldorf selama setahun. Pada 15 Julai 2015, beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayer Leverkusen. Kerjaya antarabangsaTah menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Jerman pada Mac 2016 untuk perlawanan persahabatan menentang England dan Itali. Beliau melakukan penampilan pertamanya pada perlawanan antarabangsa ketika menentang England. Beliau menggantikan Mats Hummels pada separuh masa dan perlawanan berkesudahan Jerman tewas 3-2. Beliau telah dipanggil untuk ke Euro 2016 bagi menggantikan Antonio Rüdiger. Statistik kerjaya
Pautan luar
Information related to Jonathan Tah |
Portal di Ensiklopedia Dunia