Jabatan GalianSejarah Jabatan bermula sejak abad ke-19 sewaktu kemasukan penjajah British yang bermula di negeri Perak. Pada tahun 1874, Jabatan Galian ditubuhkan oleh pentadbiran British bagi tujuan pengawalseliaan aktiviti perlombongan bijih timah di Larut. N.G.A Geddie seorang jurutera perlombongan telah dilantik sebagai Merinyu Galian Pertama. Tahukah anda bahawa Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dahulunya terletak dibawah pentadbiran Jabatan Galian dibawah cawangan Machinery. Ini adalah kerana pada waktu itu, jentera-jentera kebanyakkannya tertumpu di sektor perlombongan yang mana merupakan perusahaan utama pada waktu itu. Tugasan keselamatan pekerjaan yang mula-mula dilaksankan di Malaysia adalah pada tahun 1878. Enakmen perlombongan negeri telah mula diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1891 bagi mengawal selia operasi perlombongan. Dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan bijih timah, enakmen bijih mineral negeri telah diperkenalkan buat pertama kalinya di negeri Perak pada tahun 1893. Information related to Jabatan Galian |
Portal di Ensiklopedia Dunia