Inai
Inai (Jawi: ايناي , ejaan lama ايني), daun laka (Maluku),[1] pacar jawa, pacar cina atau pacar kuku[1][2] merupakan sejenis pohon berbunga yang mana daunnya digunakan untuk mewarnai kulit badan manusia, rambut, kuku, barangan kulit (cth: beg, uncang, tali pinggang dsbnya) dan juga pewarna untuk kain. Nama saintifiknya Lawsonia inermis.[1] BotaniBatangnya perdu menegak, ia boleh membesar sehingga ketinggian 2.6m. Dahan cabang-cabangnya sering berhujung runcing.[3] Dedaun pokok tumbuh setentang hadapan, berbentuk jorong dengan panjang antara 1.5-5.0 sm.[3] Bunga-bunganya tumbuh di hujung cabang atau ketiak daun berukurang 4 – 20 cm panjang berwarna kuning muda atau merah jambu tua; bunga-bunga ini mengeluarkan bau sangat harum.[3] Buah hasil senyawaan berbentuk bulat atau pipih dengan garis tengah ±0.5 cm panjang.[3] Inai ditanam secara komersial di negara-negara EAB, Maghribi, Algeria, Yaman, Tunisia, Libya, Arab Saudi, Mesir, barat India, Iraq, Iran, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Turki, Somalia dan Sudan. Hubungan dengan manusiaBerinai dan kaitan sebagai simbol cintaDaun inai ditumbuk lumat dengan kapur atau gambir perahan air limau yang meninggalkan kesan berwarna merah jika dibiarkan lama, lumatan keringnya boleh dipakaikan mewarnakan kuku atau dicampur air untuk mewarnakan rambut.[3][1] Orang India secara tradisi menggunakan inai pada kuku untuk majlis perkahwinan. Orang Islam juga menggunakan inai untuk mewarnai rambut dan janggut sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad. Ini merupakan amalan Sunnah dan sangat digalakkan. Diriwayatkan, baginda juga menggalakkan kaum wanita menggunakan inai ke atas kuku kerana ianya akan memudahkan atau membezakan pengenalan di antara tangan seorang perempuan dengan tangan lelaki. Masyarakat Melayu mempunyai tiga acara berinai yang ditumpukan dalam sesebuah walimah: berinai curi sesama sanak saudari dan sahabat handai pengantin perempuan pada kelmarin hari sebelum bernikah, berinai kecil pada malam berikutnya secara terbuka pasangan bakal pengantin, dan berinai besar selepas upacara pernikahan di rumah keluarga pengantin lelaki.[4] Kelaziman berinai dalam adat budaya setempat menguat sehinggakan kegiatan bertemu seseorang yang diinginkan sebagai pasangan diri ("berpacaran") malah kekasih (pacar) turut diungkapkan sedemikian. Patjar Merah, suatu watak cereka ciptaan Matu Mona dari siri roman senama lewat 1930-an adaptasi karya The Scarlet Pimpernel nukilan Emma Orczy yang turut didasarkan sosok tokoh Tan Malaka mendapat namanya kerana dia sering meninggalkan bunga inai yang menawan hati kekasihnya sambil meloloskan diri daripada polis.[5][6] Tujuan lainDaun pacar kuku mengandung pigmen yang dapat diekstrak sebagai kristal berwarna kuning jingga, digunakan untuk mewarnai wul dan sutera.[3] Ada beberapa masyarakat Melayu dalam kepulauan Indonesia yang dicatatkan menggunakan dahan rantingnya sebagai pencungkil gigi atau kayu sugi yang dikatakan tidak sahaja membersihkan malah menguatkan gigi digosok.[1] Air seduhan daun inai diminum sebagai jamu menguruskan berat badan, bunganya dijadikan bedak berubat gatal.[1] Galeri
Rujukan
Information related to Inai |
Portal di Ensiklopedia Dunia