Hesat
![]() Hesat ialah seorang dewi Mesir purba dalam bentuk lembu. Dia dikatakan memberi manusia susu (dipanggil "bir Hesat") dan menyusukan firaun dan beberapa dewa lembu jantan Mesir kuno. Dalam Teks Piramid dia dipanggil ibu Anubis dan raja yang telah mangkat. Dia juga amat berkait dengan Mnevis, dewa lembu jantan hidup yang dipuja di Heliopolis, dan ibu-ibu lembu jantan Mnevis dikebumikan di tanah perkuburan yang dikhaskan untuk Hesat. Pada zaman Ptolemaik (304–30 SM) dia berkait rapat dengan dewi Isis.[1] Dalam mitologi Mesir, Hathor salah satu dewa lembu utama kerana dia ibu kepada Horus dan Ra dan berkait rapat dengan peranan golongan diraja dan keberajaan.[2] Hesat juga salah satu manifestasi Hathor, biasanya digambarkan sebagai lembu putih yang mewakili kesucian dan susu yang dia hasilkan untuk memberi kehidupan kepada manusia.[2] Dewi-dewi lembu lain termasuk Sekhat-Hor, Mehet-Weryt dan Shedyt.[3] Dewa sejawat mereka termasuk Apis, Mnevis, Sema-wer, Ageb-wer.[3] Gambaran seniWalaupun tidak banyak imej Hesat yang dicatat dan diterbitkan, terdapat beberapa gambarannya dalam barang seni yang dimiliki muzium-muzium besar di seluruh dunia. Muzium Seni Metropolitan mempunyai koleksi Skarab dengan Gambaran Hathor sebagai Lembu.[4] Hieroglif pada skarab dari tempoh lewat ini berbunyi ḥȜst atau ḥsȜt ditentukan dengan seekor lembu berbaring dengan hieroglif berikut:
Ejaan namanya ini menggunakan penggantian kriptografik, yang mula dilakukan dalam Kerajaan Baru.[5] Ejaan fonetik tradisional nama Hesat dari zaman terdahulu biasanya ditulis seperti berikut:[6]
Rujukan
Information related to Hesat |
Portal di Ensiklopedia Dunia