Hang 2"Hang 2" adalah telefilem komedi berbahasa Melayu yang dihasilkan pada tahun 2003. Sekuel telefilem ini Hang Pa La Hang 2 lebih menonjol setelah disiarkan di astro prima dan mengetengahkan pelakon-pelakon baru seperti Zizan Razak dan Johan Raja Lawak sekaligus mempopularkan prequelnya Hang 2. PlotUcop dan Udin adalah 2 pemuda kampung yang dalam situasi tertekan kerana wang simpanan semakin merosot dan mereka pula gagal mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan hidup. Mereka berikhtiar bermacam cara seperti mengiklan servis seperti memotong rumput,menebang pokok, mengecat rumah. Tetapi masih gagal mendapatkan sesuap nasi. Kenakalan mereka terserlah dengan menakut-nakutkan penduduk kampung dengan kehadiran hantu pocong. Lantas mereka memanfaatkan situasi itu untuk menyamar sebagai hantu pocong/hantu bungkus di malam hari dan kemudian menceroboh ke rumah mangsa untuk mendapatkan duit,barang berharga. Satu hari, mereka merancang untuk merompak rumah sewa yang didiami Doktor Marina, Cikgu Lela dan Cikgu Siti. Malangnya helah mereka gagal dan tertangkap. 3 tahun berlalu, Ucop dan Udin mencari rezeki dengan berniaga burger di malam hari. Meskipun tidak semewah hasil mencuri, mereka redha dengan rezeki halal mereka. Pelakon
Cikgu Siti
Trivia
Information related to Hang 2 |
Portal di Ensiklopedia Dunia