Hamengkubuwana X
Bendara Raden Mas Herjuno Darpito atau Sri Sultan Hamengkubuwana X (bahasa Jawa: ꦱꦿꦶꦱꦸꦭ꧀ꦠꦤ꧀ꦲꦩꦼꦁꦏꦸꦧꦸꦮꦤꦏꦥꦶꦁꦱꦼꦢꦱ , translit. Sri Sultan Hamengkubuwana X, lahir di Yogyakarta, 2 April 1946; umur 78 tahun) adalah raja Kasultanan Yogyakarta sejak tahun 1989 dan Gubernur Daerah Istimewa Yogyakarta sejak tahun 1998. Baginda diputerakan dengan nama Bendara Raden Mas Herjuno Darpito sehingga dewasa di mana baginda digelar Pangeran Haryo (KGPH) Mangkubumi setelah dewasa dan digelar pula sebagai KGPAA Hamengku Negara Sudibyo Raja Putra Nalendra Mataram ketika diangkat sebagai putera mahkota. Baginda merupakan seorang lulusan Pusat Pengajian Undang-undang di Universiti Gadjah Mada dan ditabalkan sebagai raja pada 7 Mac 1989 (Selasa Wage 19 Rajab 1921). Sultan Hamengkubuwono X aktif dalam beberapa pertubuhan dan pernah memegang berbagai-bagai jawatan, antaranya Ketua Umum Kadin (Kantor Dagang Indonesia) "Chamber of Commerce" Yogyakarta, Ketua parti Golkar daerah Yogyakarta dan Ketua Suruhanjaya Olimpik Yogyakarta. Selepas Paku Alam VIII mangkat pada 1998, Hamengkubuwono X dilantik sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 1998-2003. Dalam tempoh jawatan ini, baginda tidak didampingi sebarang Timbalan Gabenor. Pada tahun 2003, Hamengkubuwono X dilantik semula sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta untuk penggal 2003-2008 dan buat kali ini, Paku Alam IX menjadi timbalannya. Yogyakarta mengalami gempa bumi pada tempoh pimpinannya pada bulan Mei 2006. Kekuatan gempa bumi itu antara 5.9 - 6.2 pada Skala Richter mengorbankan lebih kurang 6,000 orang dan mencederakan puluhan ribu orang yang lain. SaudaraLihat juga
Pautan luar
Information related to Hamengkubuwana X |
Portal di Ensiklopedia Dunia