Hamdan Tahir
Tun (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir (27 April 1921 – 20 Januari 2005) merupakan Naib Canselor Kedua Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau menjadi pengetua pertama Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak (1957–1960). Pelajar pertama sekolah itu seramai 360 orang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau terpilih menjadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (1989–2001).[1] KeluargaBapanya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad, seorang penulis agama , ulama dan pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang terkenal. Hamdan anak kelima kepada Sheikh Muhammad Tahir. Adik beradiknya yang lain ialah Rahmah, Muhammad, Ahmad, Azizah, Hamdan dan Hamid. Ibunya Aishah binti Haji Mustafa, anak seorang saudagar dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau menerima gelaran Tun pada 1989. RujukanInformation related to Hamdan Tahir |
Portal di Ensiklopedia Dunia