Gunung Siku
Gunung Siku yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,284 kaki).[1] Gunung Siku mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Permohonan permitGunung Siku di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]
Rujukan
Pautan luarInformation related to Gunung Siku |
Portal di Ensiklopedia Dunia