Guangzhou
Guangzhou[4] (Cina Ringkas: 广州; Cina Tradisional: 廣州; sebutan Kantonis: [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ̂u] atau [kʷɔ̌ːŋ.tsɐ́u] (dengar Diarkibkan 2018-10-14 di Wayback Machine); sebutan Mandarin: [kwàŋ.ʈʂóu] (dengar)) juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow,[5] ialah ibu kota dan bandar terpadat di wilayah Guangdong di selatan China.[6] Ia terletak di Sungai Mutiara, kira-kira 120 km utara membarat laut dari Hong Kong dan 145 km utara dari Makau. Guangzhou telah wujud lebih daripada 2,200 tahun dan merupakan destinasi terakhir Laluan Sutera laut,[7] perlabuhan utama dunia dan juga adalah antara tiga bandar terbesar China.[8] Bahagian-bahagian pentadbiranGuangzhou ialah sebuah bandar raya subwilayah. Ia menguasai lebih sepuluh daerah (区, Qū) dan dua bandar peringkat daerah (市, shi):
IklimGuangzhou berada di subtropika lembap dan alami musim tengkujuh atau monsun. Ia dapat banyak sinaran matahari dan hujan. Suhu purata adalah antara 21.4 ke 21.9 °C dan suhu terendah pada musin sejuk adalah kira-kira 10 °C). Musim tengkujuh berlangsung selama enam bulan dan taufan di musim panas membawakan banyak hujan. Kelembapan purata ialah 77 peratus. SejarahBandar raya ini didirikan pada tahun 214 SM. Bandar raya ini berkembang pesat di bawah regim China lama, di mana kuil Buddha tumbuh bercambah dengan kominiti yang lebih padat. Lebih-lebih lagi dengan bantuan dan sokongan dari pedagang Arab dan Hindu. Sempadan bandar diperluas bagi menampung pertumbuhan dan kepadatan penduduk di dalam Dinasti Sung (960-1279) dan imigrasi penduduk selatan China untuk menghindari serangan Mongol dari utara abad 13-14. Dinasti Man Chu memerintah 1644-1911, dan Guangzhou menjadi ibu negeri Guangdong dan Guangxi. EIC mulai berdagang pada 1699, dan Perang Candu I (1839-1842) berakhir apabila penduduk Guangzhou merampas dan menghancurkan candu-candu haram yang diselupkan oleh Inggeris, yang mendorong penggunanya melemahkan pekerja India dan China. Perang Candu II terjadi di antara Inggeris, Perancis, dan China pada 1856, dan Guangzhou dijajah oleh pihak Inggeris-Perancis sehingga tahun 1861. Pada ketika itu juga permusuhan di dalam dinasti yang berkuasa meletuskan Pemberontakan Tai Ping (1820-1864). Gerakan ini menjadi gerakan bawah tanah selepas kekalahan pertama pemberontak dalam susah payahnya dan kemudian muncul lagi bersama Sun Yat Sen pada 1885. Pada tahun 1949, setelah penjajahan Jepun di dalam Perang Dunia II, pemerintahan komunis mengambil alih kekuasaan dan pertumbuhan banda raya dan berlanjutan sehingga wujudnya Revolusi Kebudayaan pada 1966-1967. Ekonomi![]() Guangzhou ialah pusat pengeluaran utama Delta Sungai Mutiara, satu daripada kawasan komersial dan pembuatan yang mendahului di tanah besar China. Dalam 2009, KDNK mencecah ¥911.28 bilion (AS $133.5 bilion), per kapita ialah ¥89,498 (AS $13,111).[9] Zon perindustrian
Zon telah ditubuhkan pada 2005. Jumlahnya kawasan terancang adalah 1.36 km2 (0.53 bt2).[10] Terletak di Daerah Nansha dan ia menjadi kepunyaan ibu negeri wilayah, Guangzhou. Industri-industri utama digalakkan dalam zon termasuk permasangan kereta, bioteknologi dan industri berat. Terletak dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Baiyun Guangzhou dan Pelabuhan Shenzhen.[10] RujukanNota
Pautan luar
|
Portal di Ensiklopedia Dunia