Felda Melor Jengka 12
Felda Melor Jengka 12 merupakan sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak berhampiran dengan Bandar Jengka, Pahang. Ia mula diduduki sekitar tahun 1976.Ia merupakan sebuah petempatan baru yg diwujudkan oleh kerajaan Malaysia bagi menempatkan penduduk yg kebanyakannya tidak mempunyai tanah sendiri yang inginkan penghidupan baru. Ini adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memajukan ekonomi penduduk kampung. Di sini, semua penduduk telah diberikan sebuah lot rumah yg tersedia beserta sebuah lot kebun sekitar 10 ekar kebun getah yg baru ditanam. Pada peringkat awal, tidak ada kemudahan asas utama seperti jalanraya bertar maupun bekalan elektrik di sini. Bandar yang paling dekat adalah Bandar Pusat Jengka dan bandar Jerantut. Tidak ada jalinan jalanraya yang sempurna melainkan jalan tanah merah dan berselut sehingga ke bukulali apabila hujan. Tidak ada sistem pengangkutan utama di sini melainkan pacuan 4 roda Land Rover milik pihak pengurusan Felda. Apabila malam tiba, semua rumah-rumah di sini diterangi oleh lampu-lampu pelita. Sistem bekalan air disediakan untuk dikongsi oleh beberapa buah rumah. Setiap buah rumah akan membeli gelungan getah paip bagi menyalurkan bekalan ke rumah masing-masing. Kekadang berlaku selisihfaham di antara jiran berebutkan bekalan air, namun tiada masalah yang serius. Dalam kebanyakan masa, bekalan air hanya boleh diperolehi seawal pagi. Terputus bekalan adalah perkara biasa. Bagi mengatasi masalah bekalan air bersih, pihak penduduk telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengali perigi bagi mendapatkan bekalan air bersih. Tidak ada istilah bekalan elektrik di sini. Kerana keadaan hidup yang agak sukar di sini, tidak kurang yang mengambil keputusan untuk kembali ke kampung asal masing-masing. Bekalan makanan asas di sini disediakan oleh pihak FELDA yang membenarkan peneroka mengambil bekalan makanan secara hutang sebulan sekali. Bekalan tersebut termasuklah beras, gula, tepung, garam dan ikan masin. Kemudahan asasPendidikan
Tempat beribadat
Kemudahan sukan
Kemudahan dewan awam
PoskodPoskod yang digunakan di Felda Melor Jengka 12, Bandar Tun Razak, Pahang adalah 26420.[1]
RujukanPautan luarInformation related to Felda Melor Jengka 12 |
Portal di Ensiklopedia Dunia