North American Aviation F-86 Sabre (kadang kala dipanggil Sabrejet) adalah sebuah pesawat pejuang berkelajuan transonik. Sabre sangat dikenali disebabkan peranan yang dimainkannya dalam Perang Korea dalam menentang pesawat buatan Soviet iaitu MiG-15 dengan menguasai ruang udara Korea. Walaupun dibangunkan pada lewat 1940-an dan ketinggalan zaman semasa akhir tahun 1950-an, Sabre telah membuktikan keupayaannya dan terus digunakan sebagai pesawat pejuang garis hadapan di dalam tentera udara sehingga pesawat terakhir dihentikan perkhidmatannya oleh Tentera Udara Bolivia pada 1994.
Pesawat ini telah dikeluarkan sebanyak lebih daripada 7,800 buah di antara tahun 1949 hingga 1956, di Amerika Syarikat, Jepun dan Itali. Ia merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan, dengan jumlah pengeluaran bagi kesemua kelainan mencapai 9,860 buah.
Pesawat-pesawat kelainan telah dibina Kanada dan Australia. Pesawat Canadair Sabre sahaja berjumlah 1,815 buah, dan pesawat yang direka semula iaitu CAC Sabre (kadang kala dikenali sebagai Avon Sabre atau CAC CA-27), telah dikeluarkan sebanyak 112 buah.
Spesifikasi (F-86F-40-NA)
Orthographically projected diagram of the F-86 Sabre.
Kelajuan maksimum: 687 bsj pada aras laut dengan beban tempur 14,212 lb (6,447 kg) juga dilaporkan 678 bsj dan 599 bsj pada aras 35000 kaki dengan beban tempur 15,352 Ib (6,960 kg). (597 knot, 1,105 km/j pada 6446 m, 1,091 dan 964 km/j pada 6,960 m.)
Bom: 5,300 lb (2,400 kg) muatan di 4 tenggekan, bom biasanya dipasang di 2 pilon luar sementara 2 pilon di dalam di pasang dengan 2× 200 gelen tangki jatuhan bagi menambah jarak pesawat Sabre. Pilihan luas bagi jenis bom yang boleh dibawa (konfigurasi beban maksimum adalah 2x 1,000 lb bom bersama-sama 2x tangki jatuhan), kanister bom napalm dan satu senjata nuklear taktikal.