F-16 VISTA
Program General Dynamics (sekarang Lockheed Martin) F-16 VISTA (Variable stability In-flight Simulator Test Aircraft), yang bermula daripada tahun 1988 hingga 1997, merupakan sebuah program yang bertujuan menghasilkan versi pesawat Tujahan Vektor Pelbagai Paksi (MATV) bagi pesawat F-16 Fighting Falcon. Program ini bermula sebagai program persendirian perkongsian bersama di antara General Electric dan General Dynamics. Pesawat ujian F-16 VISTA menggabungkan enjin muncung tujahan vektor pelbagai paksi (MATV) yang memberikan kawalan aktif kepada pesawat dalam situati lepas-pegun. Pesawat yang dihasilkan adalah super-manuver, mengekalkan kawalan anggul dan oleng pada sudut serangan melepasi permukaan kawalan tradisional yang tidak boleh mengubah ketinggian.[perlu rujukan] Program VISTA boleh dikatakan berjaya, tetapi kawalan tujahan vektor (TVC) tidak pernah dikeluarkan dalam versi pesawat pengeluaran.[perlu rujukan] Program ini juga membawa kemajuan dalam pembangunan Input Suara Terus dan "Paparan Pandang Keatas Maya", yang mana kedua-duanya akan digabungkan dalam reka bentuk kokpit untuk pesawat F-35 Lightning II.[1] Pesawat STOVL F-35 juga akan mengabungkan MATV semasa terkatung-katung di udara untuk menyediakan kawalan altitud.[perlu rujukan] Spesifikasi (F-16C Blok 30 - untuk perbandingan)![]() Data dari halaman Tentera Udara A.S,[2] dan AerospaceWeb[3] Ciri umum
Prestasi
Rujukan
Pautan luar
Lihat juga
Pembangunan berkaitan Pesawat setanding Turutan Information related to F-16 VISTA |
Portal di Ensiklopedia Dunia