DiktatorDiktator (Jawi: ديکتاتور serapan Latin terbitan dicto: "memberi perintah; menyuruh; mengharuskan"[1]) merupakan seorang pemimpin negara yang berkuasa mutlak. Diktator biasanya tidak dipilih secara demokratik oleh rakyat negaranya, dan merampas kuasa melalui cara kekerasan yang menakut-nakutkan. Seorang diktator berupaya melaksanakan undang-undang sendiri tanpa melakukan perundingan dengan pihak atau badan lain. Biasanya, diktator merupakan ketua negara diperintah suatu parti dominan atau satu-satunya. EtimologiPerkataan diktator berasal daripada bahasa Latin iaitu dictātor. Dalam bahasa Latin, perkataan diktator merujuk kepada hakim Republik Rom yang memiliki kuasa mutlak buat sementara. Selalunya, dalam pemerintahan rejim diktator, pemimpin negara itu dikenali dengan nama diktator; walaupun jawatan yang mereka sandang sebelum ini mungkin lebih merujuk kepada jawatan berkaitan pemimpin negara. Dalam tradisi Rom dan Etruria, pada asalnya terma diktator tidak dikaitkan dengan makna yang negatif berbanding masa kini, yang digunakan ketika tempoh darurat[2]. Diktator merupakan seorang majistret yang memiliki kuasa penuh untuk sementara waktu[3]. Selepas habis tempoh darurat, kuasa Diktator dikembalikan kepada pemerintahan Konsular biasa. Terma diktator mula dikaitkan dengan makna yang negatif ketika kebangkitan Lucius Cornelius Sulla menuju pemerintahan diktator selepas peristiwa Perang Saudara Kedua Sulla[4], menjadikan Sulla diktator pertama di Rom selepas lebih satu abad (kononnya jawatan diktator itu dikosongkan) serta orang yang bertanggungjawab menghapuskan had penggal pemerintahan dan keperluan memanggil sidang Senat. Sulla meletak jawatan kira-kira setahun kemudian, bagi mengelakkan dirinya berdepan krisis perlembagaan yang semakin meruncing[4]. Julius Caesar mengikut jejak Sulla pada tahun 49 SM dan pada bulan Februari 44 SM, dia digelar sebagai Diktator Abadi[5], secara rasminya memansuhkan sebarang batasan terhadap kuasa yang dimilikinya, sehinggalah berlakunya peristiwa Pembunuhan Julius Caesar bulan berikutnya[5][6]. Selepas peristiwa itu, pengganti Caesar iaitu Augustus ditawarkan jawatan Diktator, namun beliau menolaknya[7]. Pengganti seterusnya juga menolak jawatan ini, dan akhirnya jawatan ini lenyap di kalangan pemimpin Rom. Era modenSehingga lebih separuh abad ke-19, terma diktator biasanya masih lagi dikaitkan dengan kesan positif. Contohnya, semasa peristiwa Revolusi Hungary 1848, pemimpin tempatan Lajos Kossuth selalu dikenali sebagai diktator oleh penyokong tegar beliau, tanpa ada pengaruh yang negatif, walaupun jawatan rasmi yang diberi ialah Presiden pemangku[9]. Pada tahun 1860, Giuseppe Garibaldi secara rasminya memegang jawatan Diktator semasa penubuhan badan eksekutif sementara di Sicily dalam peristiwa Ekspedisi Seribu. Tidak lama selepas itu, pada tahun 1863, semasa peristiwa Kebangkitan Januari 1863, "Diktator" digunakan sebagai nama jawatan rasmi bagi empat pemimpin, Ludwik Mierosławski merupakan pemimpin pertama menggunakan gelaran ini. Walau bagaimanapun, selepas itu, terma diktator selalu dianggap sebagai memiliki konotasi yang negatif[3]. Dalam penggunaan harian, kepimpinan diktator selalunya dikaitkan dengan keganasan dan penindasan[10]. Hasilnya, terma diktator selalu digunakan dalam arena politik bertujuan untuk memberikan persepsi yang buruk kepada pihak lawan. Ada juga diktator yang mencipta personaliti bagi meraih populariti dan mereka mencipta sendiri gelaran yang berlebih-lebihan. Contohnya, Idi Amin Dada, merupakan leftenan askar British sebelum kemerdekaan Uganda dari British pada bulan Oktober 1962, menggelarkan dirinya sebagai "Tuan Yang Terutama, Presiden Seumur Hidup, Fil Marsyal Doktor Al-Hadji Idi Amin Dada, VC, DSO, MC, Penakluk Empayar British di Afrika Umumnya dan Uganda Khususnya"[11]. Rujukan
Information related to Diktator |
Portal di Ensiklopedia Dunia