* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2019 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Mac 2018
Diego Perotti (lahir 26 Julai 1988) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.
Perotti hanya banyak menjadi pemain simpanan untuk pasukan utama pada musim 2008–09. Beliau akhirnya telah diberi peluang untuk melakukan penampilan sulungnya pada 15 Februari 2009 semasa aksi menentang Espanyol yang berkesudahan kemenangan 2-0 berpihak kepada Sevilla. Pada 23 Mei, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Sevilla ketika menentang Deportivo de La Coruña dengan menjaringkan gol pada lewat permainan bagi memastikan Sevilla terus menghuni tangga ketiga La Liga sekali gus pasukannya dapat menempah tiket ke Liga Juara-Juara buat musim hadapan.[6]
Semasa musim 2009–10, Perotti menjadi tonggak utama Sevilla dengan menjadi pilihan utama di posisinya berbanding rakan sepasukannya, Diego Capel. Pada 16 Mac 2010. beliau menjaringkan gol ketika aksi menentang CSKA Moscow dalam perlawanan pusingan-16 Liga Juara-Juara namun wakil Rusia itu akhirnya menang 3-2 menerusi agregat.[7]
Perotti hanya beraksi dalam 58 perlawanan untuk Sevilla dari tahun 2011 hingga 2014 kerana sering mengalami kecederaan.[8][9][10]
Genoa
Pada 2 Julai 2014, Perotti melakukan perpindahan ke kelab Itali, Genoa setelah menandantangani kontrak selama empat tahun. Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 31 Ogos ketika menentang Napoli.[11]
Roma
Pada 1 Februari 2016, Perotti berpindah ke kelab Serie A, Roma secara pinjaman dengan perpindahan bernilai €1 juta bersama pilihan untuk beliau dibawa masuk secara tetap bersama bayaran sebanyak €9 juta.[12] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Roma pada enam hari kemudian semasa aksi menentang Sampdoria.[13] Pada lewat bulan tersebut, Roma menandantangani Perotti secara tetap dan ia berkuatkuasa sehingga Jun 2019.[14]
Kerjaya antarabangsa
Pada 9 November 2009, Perotti menerima panggilan pertama oleh pasukan kebangsaan Argentina. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Argentina pada enam hari kemudian dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol namun pasukannya tewas 1-2. Beliau mula beraksi setelah menggantikan pemain Barcelona, Lionel Messi.[15]
Perotti telah didaftarkan dalam senarai 35 pemain awal untuk skuad Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia[16] tetapi tidak layak untuk terpilih ke dalam skuad akhir.
^"Diego Perotti". A.S. Roma. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 October 2017. Dicapai pada 26 May 2017. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^Paini, Giovanni (28 November 2014). "Diego Perotti, la freccia argentina" [Diego Perotti, the Argentine arrow] (dalam bahasa Itali). Football Nerds. Dicapai pada 16 August 2016.