Demografi IranPada tahun 2006 populasi Iran mencecah 70 juta[1][2], dan suku daripada populasinya berumur kurang daripada 15 tahun[3]. Penduduk Iran juga merupakan sebuah penduduk yang berbilang suku dan bahasa. Lebih kurang 70 peratus daripada populasinya adalah bangsa Iran[4], sebuah kumpulan etnik yang menggunakan bahasa Iran. Suku-suku yang tergolong dalam bangsa ini ialah suku Parsi, suku Kurdis, suku Gilaki, suku Mazandarani, suku Lur, dan suku Balochi. Kumpulan etnik lain ialah Bangsa Turki seperti suku Azeri, Turkmen dan Qashqai. Selebihnya adalah orang Semitik seperti Arab, Assyria dan Yahudi dan juga Indo-Eropah seperti Armenia. Agama di IranMajoriti penduduk Iran beragama Islam. 89 peratus daripada penganut Islam tergolong dalam mazhab Syiah manakala selebihnya adalah Sunah Waljamaah. Agama-agama lain yang dianuti penduduk Iran ialah Agama Majusi, agama Yahudi, agama Bahai, agama Mandean dan agama Kristian. Statistik lainPopulasi: 68,688,433 (anggaran pada Julai 2006.) Etnik: Parsi 51%, Azeri 24%, Gilaki-Mazandarani 8%, Kurdis 7%, Arab 3%, Balochi 2%, Turkmen 2%, Lur 2%, lain lain 1% (berdasarkan data Agensi Perisikan Pusat atau CIA) Bahasa: Bahasa Parsi 58%, Bahasa Turki 26%, Bahasa Kurdis 9%, Bahasa Balochi 1%, Bahasa Arab 1%, lain lain 2% Agama: Syiah Islam 89%, Sunah Waljamaah Islam 9%, Majusi, Yahudi, Kristian, and Bahá'í 2% Celik Huruf:
Kumpulan Umur:
Umur (median):
Kadar pertumbuhan penduduk: 1.1% (anggaran 2006) Kadar kelahiran: 17 kelahiran/1,000 penduduk (anggaran 2006) Kadar kematian: 5.55 kematian/1,000 penduduk (anggaran 2006) Migrasi: -0.48 migran/1,000 penduduk (anggaran 2006) Nisbah jantina:
Kadar mortaliti bayi: 40.3 kematian/1,000 kelahiran (anggaran 2006) Jangka umur ketika kelahiran:
Kadar kesuburan wanita: 1.8 kelahiran bayi/wanita (anggaran 2006) Pautan luar
Nota
Information related to Demografi Iran |
Portal di Ensiklopedia Dunia