David Teo
Mejar (k) Teo Chew Huat[1] yang dikenali sebagai David Teo (lahir 1 Ogos 1964) ialah seorang penerbit filem, usahawan, pelakon dan penyanyi Malaysia berketurunan Cina. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth, ia turut mempunyai beberapa anak syarikat seperti MIG Sound, MIG Talent dan Temasek Studios. MiG Pictures di bawah kendalian David Teo telah menghasilkan lebih dari 100 judul filem semenjak tahun 2000.[2] BiografiMejar (K) David Teo dilahirkan pada 1 Ogos 1964 dan berasal dari Kampung Buluh Kasap, beliau menerbitkan filem pertamanya pada dan sehingga April 2015, MiG Pictures dan anak syarikat sudah pun menghasilkan 119 filem. Setakat ini, Mejar (K) David Teo merupakan antara penerbit filem tempatan yang paling berjaya dan telahpun menerbitkan filem-filem tempatan Malaysia yang paling terlaris apabila berjaya memungut kutipan melebihi RM12 juta setakat ini. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang jualan langsung pada tahun 1986 dan pada tahun 2000, beliau menerbitkan filem pertama beliau iaitu filem Islamik Sci-Fi 'Syukur 21' dengan menampilkan kumpulan nasyid terkenal Raihan. David Teo telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong terhadap Majlis Angkatan Tentera untuk menerima Penganugerahan Tauliah Kehormat Dalam Angkatan Tentera Sukarela Persekutuan-ASP yang membawa gelaran "Mejar" pada 27 Disember 2011. Atas kredibiliti David Teo yang sentiasa menepati citarasa para penonton, MiG Production yang juga di bawah kendaliannya telah diberikan 200 jam penerbitan drama setiap tahun. Drama pertama terbitan syarikatnya adalah Biar Rahsia yang disiarkan sebanyak 26 episod menerusi RTM. Selain melibatkan diri secara serius dalam bidang penerbitan filem dan drama, kini Mejar (K) David Teo juga berjinak-jinak sebagai pelakon dan penyanyi. Dia tampil sebagai salah seorang pelakon dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! dan cameo menerusi filem Suamiku Jatuh Dari Langit, Remp-It, Kala Malam Bulan Mengambang, dan Susuk, selain itu memegang watak utama menerusi Cerekarama TV3, Sederet 2X5 yang ke udara pada 17 November 2006. Single pertama beliau, "Kacang" diterbitkan pada tahun 2014.[3][4][5] KontroversiKenyataan menghina P. RamleePada Julai 2016, David Teo menerusi ruangan hiburan The Malay Mail Online menyatakan komitmen MiG untuk membimbing para pelakon untuk mengembangkan bakat sehingga mampu bergelar jutawan. Namun tindakannya menyandarkan seniman agung P. Ramlee sebagai contoh pelakon yang berlagak dan berjoli hingga tiada duit pada usia tua membangkitkan kemarahan dalam kalangan anak seni dan netizen amnya. Berikut ialah kenyataan beliau:[6]
Kenyataan inilah yang menyebabkan ketua pegawai eksekutif Metrowealth Pictures itu diselar kerana dianggap menghina seniman agung negara. Menurut pengarang buku Membedah P. Ramlee Daniyal Kadir, kenyataan tersebut amat tidak wajar. Pengarah dan pelakon Sabri Yunus pula memilih untuk menyindir Teo dengan status Facebook yang puitis dan sinis.[6] Presiden Persatuan Penulis Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS) Alfie Palermo pula menyifatkan kenyataan Teo sebagai ironik. Kenyataan David turut dikutuk oleh Komuniti Filem Titiwangsa, yang menghimpunkan penggiat serta pencinta filem antaranya pengarah Bunohan Dain Said dan ahli sejarah filem Hassan Muthalib.[6] Netizen amnya turut berkongsi rasa tidak senang hati dengan kenyataan Teo yang dianggap biadap, mereka rata-rata membandingkan mutu filem terbitannya dengan puluhan filem P. Ramlee yang malar segar dan ditonton tanpa jemu hingga kini. Namun ada juga yang berpendapat Teo sekadar memberi nasihat dan melahirkan keprihatinan terhadap industri seni. Amir Hafizi, penulis skrip filem Hikayat Merong Mahawangsa dan Magika menganggap Teo sekadar prihatin. Pengarah dan pelakon Melissa Saila turut menyelar kenyataan Teo dan berpendapat karya P.Ramlee kaya dengan cara yang tersendiri Insiden ditempeleng semasa acara TN50Pada 17 Mei 2017, David Teo sekali lagi terlibat dalam suatu kontroversi berkelakuan kurang ajar di hadapan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sesi soal jawab Transformasi Nasional (TN50) di Seri Perdana, Putrajaya yang dianjurkan Perdana Menteri. David Teo kedengaran seperti menengking semasa mengajukan soalan kepada perdana menteri. Ini adalah disebab moderator Rosyam Nor tidak memberikan mikrofon kepada David semasa pertanyaan dan David terpaksa cakap kuat untuk suarakan pendapatnya seolah-olah David hendak mencetuskan kontroversi.[7][8] Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin juga dikenali mengikut nama samarannya "Mat Over" bangun dari tempat duduknya dan cuba menampar Teo yang membalas dengan cubaan untuk menyepak sebelum pegawai-pegawai sekuriti menghalang insiden pergelutan antara kedua-dua orang itu daripada menjadi lebih teruk. Insiden pergelutan ini berlaku beberapa meter di hadapan perdana menteri Malaysia, Najib Razak yang kelihatan tenang semasa insiden berlaku. Kedua-dua David Teo dan Sulaiman Yassin kemudiannya dipanggil oleh perdana menteri untuk memberi salam dan memohon maaf antara satu sama lain beberapa minit kemudian selepas terjadinya insiden pergelutan itu. Ketika ditanya, Sulaiman Yassin berkata bahawa beliau tidak berpuas hati dengan cara kurang ajar David Teo menanyakan soalan kepada perdana menteri Baju Merah mendesak David Teo untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia dan pemimpinnya kerana telah memalukan pemimpin dengan bersikap kurang ajar tanpa rasa hormat. Mereka juga mendesak Kementerian Pertahanan agar menarik balik gelaran kehormat "Mejar" yang dinobatkan oleh Angkatan Tentera Malaysia keatas David.[9] Diskografi
FilemografiFilemSebagai penerbit dan pelakonDramaSebagai penerbit
TelefilemSebagai penerbit dan pelakon
Televisyen
Rujukan
Pautan luarInformation related to David Teo |
Portal di Ensiklopedia Dunia