Commodus
Lucius Aelius Aurelius Commodus; atau nama pendeknya Commodus (31 Ogos 161 – 31 Disember 192) merupakan Maharaja Rom sebanyak dua kali - bersama ayahandanya Marcus Aurelius dari 177 hingga kemangkatannya tahun 180 M, serta secara bersendiran sehingga tahun 192. Pemerintahan beliau dianggap menamatkan zaman di mana Empayar ini mengalami suatu perdamaian yang relatif atau juga disebut sebagai "Pax Romana".
KeputeraanLucius Aelius Aurelius Commodus[1] diputerakan dengan nama pada 31 Ogos 161 M di Lanuvium berdekatan Roma.[2] Baginda anak kembar hasil perkahwinan antara Maharaja Marcus Aurelius dengan pupundanya Faustina iaitu puteri bongsu Antoninus Pius yang mangkat beberapa bulan sebelumnya; abang kembarnya Titus Aurelius Fulvus Antoninus, meninggal ketika berusia empat tahun. Baginda turut mempunyai seorang adik bernama Marcus Annius Verus.[3][4] Baginda dijadikan "Caesar" bersama adindanya pada 12 Oktober 166 M.[3][4] Marcus Annius mangkat tiga tahun kemudian berikutan komplikasi dialami dalam suatu pembedahan lalu tinggal Commodus sahaja sebagai pewaris tunggal takhta Marcus Aurelius.[4] Baginda menukar namanya kepaz Marcus Aurelius Antoninus Commodus saat kemangkatan ayahandanya tahun 180 M.[5] Pemerintahan
Baginda menukar kembali kepada nama asalnya tahun 191.[5] PembunuhanQuintus Aemilius Laetus, seorang pengawas kota, bersekongkol dengan penggawa empayar Ecletus dan Marcia untuk menggulingkan Commodus. Marcia cuba meracuni makanan Commodus seperti dicatat pada 31 Disember 192, namun Commodus termuntahkan racun tersebut menggagalkan rancangan ini. Mereka bertiga kemudiannya mengupah seorang pegusti bernama Narcissus yang berjaya menjerut Commodus sehingga mati. Para senat Rom mengisytiharkan baginda sebagai musuh utama (damnatio memoriae de facto) lalu mengarahkan segala peninggalan yang dilakukan semasa hayatnya dimusnahkan termasuk tugu-tugu. Kemangkatan Commodus itu sendiri mengakhiri dinasti lama turunan Nerva yang telah memerintah Roma setelah sekian lama. Mayat Commodus dimakamkan di Makam Hadrianus, takhta Roma pula diwarisi Pertinax. RujukanBacaan lanjut
Pautan luarInformation related to Commodus |
Portal di Ensiklopedia Dunia