Bersandar Cinta
"Bersandar Cinta" ialah lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Ia dikeluarkan pada 15 Jun 2017 sebagai single keduanya yang dimuatkan dalam album studio ke-18 beliau, SimetriSiti. Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh Aubrey Suwito dengan lirik oleh Ad Samad. Penerbitan"Bersandar Cinta" ialah salah satu dari lima lagu dari SimetriSiti yang menerima komposisi orkestra string dari Orkestra Simfoni Radio Kebangsaan Bulgaria.[1][2] Orkestra string dirakamkan untuk "Bersandar Cinta" telah dijalankan di Bulgaria dan mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan.[1] Muzik videoMuzik video untuk "Bersandar Cinta" juga dipertontonkan semasa majlis pelancaran album SimetriSiti pada 5 Mei 2017.[3] Ulasan kritisMenurut Zaidi Che dalam ulasan beliau untuk portal STAIL.my, beliau menyifatkan lagu ini sebagai sebuah pembuka yang sempurna: "Bait-bait lirik yang kuat serta penggunaan kosa kata yang mudah membuat lagu ini senang diterima. Pertama kali mendengar, meremang bulu roma dibuatnya."[4] Senarai runut
Rujukan
Information related to Bersandar Cinta |
Portal di Ensiklopedia Dunia