Bernard Giluk Dompok
YBhg Tan Sri Bernard Giluk Dompok (lahir 7 Oktober 1949) merupakan Pengerusi SME Corp yang terletak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan merupakan Presiden UPKO sehingga tahun 2018. Kehidupan awalBeliau telah dilahirkan di Penampang, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, dan Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. Beliau kemudian mendapat ijazah Bsc FISM daripada West Ham Technical Institute (kini University of East London), United Kingdom pada tahun 1978. KeluargaYang Berhormat Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Puan Sri Diana Alip Dompok dan mempunyai lima orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf dan seorang yang suka membaca. KerjayaBeliau memulakan kerjaya sebagai Jurunilai di Jabatan Ukur Tanah dan Ukur Sabah pada tahun 1978. Beliau kemudian meninggalkan sektor awam dan bertugas di Jurunilai Sabah selama lima tahun sejak 1980 hingga 1985. Yang Berhormat Tan Sri turut aktif melibatkan diri dalam pelbagai organisasi. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ahli kepada International Parliamentarian Against Genocide in Bosnia Herzegovina. Beliau juga merupakan bekas Presiden Penampang Jaycees dan bekas Presiden Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah. PolitikYang Berhormat Tan Sri merupakan Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) sejak 1994 sehingga kini. Beliau mula menyertai pilihan raya umum pada tahun 1986 dan memenangi kerusi DUN Moyog ketika itu beliau dalam Parti Bersatu Sabah ( PBS )dan dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada tahun yang sama beliau memenangi Parlimen Penampang buat kali pertama.Pada tahun 1990, beliau memenangi semula kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum sebelumnya Beliau telah memperolehi kemenangan dalam beberapa pilihanraya umum berikutnya dan pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Menteri Perlancongan dan Persekitaran Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan kemuncaknya sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1998. Selain itu, diperingkat Persekutuan, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. Pada Pilihan Raya Umum ke-11,beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Ranau dalam pertandingan empat penjuru. Beliau berjaya memenangi dengan majoriti 1387 undi.Beliau memperolehi 7547 undi berbanding lawan-lawannya Ruhimin Adzim@ Ruhimin Ajim (BEBAS) 6160 undi,Karim Adam (BEBAS) 3310 undi, Japairil Suhaimin (BEBAS) 1609 undi. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Bernard Giluk Dompok bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Penampang , negeri Sabah. Yang Berhormat Tan Sri Bernard Giluk Dompok telah menang dengan mendapat undi sebanyak 13400. Calon lawan ialah Anthony Tibok (Bebas) mendapat 696 undi dan hilang deposit. Levired Misih @ Willybroad Missi (Bebas) mendapat 404 undi dan hilang deposit. Edwin @ Jack Bosi dari PKR mendapat 10,337 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 71.32%. Undi rosak sebanyak 540. Kontroversi
Ugutan ini ada kaitan dengan tsunami politik semasa PRU12 pada 8 Mac 2008. SAPP mendakwa hilang hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. UPKO dikatakan mahu menurut jejak SAPP menjadi parti bebas.UPKO menang di parlimen Ranau, Tuaran, Putatan dan Penampang, manakala enam kerusi DUN di Moyog, Kuala Penyu, Paginatan, Bingkor, Nabawan dan Kuamut.[3]
Keputusan pilihan raya
Lihat jugaRujukan
Pautan luar
Information related to Bernard Giluk Dompok |
Portal di Ensiklopedia Dunia