Bani Asyar
Bani Asyar atau Asyaari (AFA: /ɑʃ·ʕɑr ‖ ɑʃɑːʕari/; Arab: بنو الأشعر ; Arab Selatan Purba: , ʾs²ʿrn; Jawi: بني أشعر ), juga dikenali sebagai al-Asyairah (AFA: /ɑl·ɑ·ʃɑː·ʕi·rɑh/; Arab: الأشاعرة ), ialah suku kaum Qahtan yang tinggal di Yaman, Semenanjung Arab. Sahabat Nabi Muhammad, Abu Musa al-Asyari datang daripada suku kaum ini. Sejarah dan asal usulNenek moyang Bani Asyar ialah Nabat bin Udad, dan nama panggilan beliau ialah Asyar. Keturunan suku tersebut adalah seperti berikut: Nabat bin Udad bin Zaid bin Yasyjub bin Arib bin Zaid bin Kahlan bin Saba bin Yasyjub bin Yaarub bin Qahtan.[1] Nabat bin Udad (Asyar) mempunyai tujuh orang anak lelaki: Jamahir, Atgham, Argham, Adgham, Jeddah, Abdul Syams dan Abdul Thuraiyah.[2] Bani Asyar berasal dari Zabid, Yaman. Selepas ditakluk oleh Kekhalifahan Rasyidin (631-661), ramai ahli Bani Asyar berpindah dan menetap di Bilad al-Syam. Menurut Yaaqubi, ahli geografi dan sejarawan Arab dari abad ke-9, menulis pada tahun 892 bahawa Bani Asyar merupakan kaum majoriti di Tabariyah.[3] Catatan menunjukkan mereka adalah antara suku Arab yang pernah menetap di al-Andalus. Majoritinya menetap di daerah Rayya di Malaga, manakala sesetengah boleh ditemui di bandar Seville.[4] Lihat jugaRujukan
Information related to Bani Asyar |
Portal di Ensiklopedia Dunia