Kawasan metropolitan kota ini yang merangkumi juga Daerah Brunei-Muara diduduki sebanyak 279,924 orang iaitu lebih setengah keseluruhan penduduk serata Brunei.[3]
Sejarah
Pendudukan di tepi muara Sungai Brunei boleh dikesan pada abad kelapan Masihi; peninggalan yang dijumpai berdekatan lokasi Muzium Brunei ini diamati menyerupai petempatan-petempatan seumpama yang diketahui di tempat lain seperti Kampong Ayer.[4]
Pada tahun 5 Oktober 1970, kota ini dinamakan sempena SultanOmar Ali Saifuddien III:[5] "Seri Begawan" merupakan gelaran diberikan kepada baginda apabila turun takhtanya pada 1967[5][6] bererti "yang berbahagia" menyerap dari kata bahasa Sanskrit भगवान bhagavān yang bermaksud "beruntung, makmur, bahagia."[7] Penamaan sedemikian diberikan sebagai tanda penghargaan rakyat Brunei kepada sumbangan baginda memodenkan negara Brunei sepanjang pemerintahan baginda.[8]
Kota ini menjadi ibu kota ketiga kerajaan Brunei selepas Kota Batu dan Kampong Ayerl ia merupakan pusat pemerintahan kerajaan tersebut pada kemuncak kuasa ia sebagai suatu empayar.[6][1][9][10]
Bandar Brunei hampir ranap seluruh infrastruktur berikutan perebutan kuasa antara pihak Jepun dan pihak Berikat semasa Perang Dunia Kedua;[11] ia segera dibina semula setelah berjaya dikembalikan pihak British.[11]
Pada 1 Ogos 2007, sultan Brunei memperkenankan pembesaran kawasan 12.87 km2 (4.97 bt2) ke 100.36 km2 (38.75 bt2).[9]
Geografi
Bandar Seri Begawan terletak di 4°53'25"U, 114°56'32"T, di tebing utara Sungai Brunei. Di Bandar Seri Begawan juga terdapat perkampungan air, Kampong Ayer, yang telah diduduki selama 1,300 tahun dan yang merupakan perkampungan jenis ini yang terbesar di Asia Tenggara.
Iklim
Bandar Seri Begawan beriklim tropika. Tidak terdapat musim kering sebenar dan bandar ini mengalami hujan sepanjang tahun. Malah bulan "kering (Mac) secara puratanya menerima 120 mm (4.7 in) hujan setiap tahun. Bulan-bulan dari Oktober hingga Disember menyaksikan hujan yang paling banyak dengan hujan turun lebih kurang setiap dua dari tiga hari. Seperti bandar-bandar tropika lain, suhu purata lebih kurang malar dengan ketinggian purata sekitar 32 °C (90 °F) dan kerendahan sekitar 23 °C (73 °F).
Penduduk Bandar Seri Begawan sekitar 140,000 orang dan kawasan metropolitannya mempunyai 278,000 penduduk (Ogos 2010). Majoriti orang Brunei terdiri daripada Melayu sementara penduduk Cina merupakan minoriti penting. Terdapat juga bangsa pribumi seperti Iban dan mereka diklasifikasikan sebagai Bumiputera. Terdapat juga banya pekerja asing di Brunei —kebanyakannya dari negara-negara jiran Indonesia dan Filipina, dan juga dari benua kecil India.
Tempat-tempat menarik
Masjid
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin – dibina pada tahun 1958, masjid ini memiliki kubah emas dan dinding ruang dalam yang diperbuat daripada marmar Itali.
Masjid Jame'asr Hassanil Bolkiah – Masjid terbesar di Brunei. Ia dibina bagi memperingati hari ulang tahun ke-25 pemerintahan sultan. Dikenali oleh orang tempatan sebagai Masjid Kiarong.
Terletak berjauhan dari sungai Brunei, Makam Di-Raja menjadi tempat bersemadi sultan-sultan Brunei dan ahli keluarga diraja.
Muzium
Muzium Brunei – Terletak di tapak arkeologi Kota Batu lebih kurang 5 km (3.1 bt) dari Bandar Seri Begawan. Muzium ini diasaskan pada tahun 1965 dan merupakan muzium terbesar di Brunei. Muzium ini ditempatkan di tapaknya sekarang pada tahun 1970 dan dibuka dengan rasmi pada tahun 1972. Muzium memberi tumpuan kepada sejarah Islam, sejarah semula jadi, adat resam Brunei, seramik dan industri minyak Brunei.
Galeri
Mukaan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien
Kampong Ayer
Makam al-marhum Sultan Sharif Ali, juga dikenali sebagai Sultan Berkat, Sultan Brunei ketiga yang memerintah pada 1426-1432 M
^Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 743–744. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini(PDF). Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 26–27. ISBN979-459-416-4.[pautan mati kekal]