Babi bodoh
Babi bodoh, babi janggut, babi jakut, jukut atau nangoi (bahasa Inggeris: Bornean bearded pig)[3][4][5] ialah suatu spesies babi. Ia boleh dikenali melalui janggutnya yang jelas. Ia juga kadangkala memiliki rambu atau jambul pada bahagian ekor. Nama saintifiknya Sus barbatus.[6] Juga dikenali sebagai "babi berbulu senyum". TaburanBabi Bodoh kebanyakannya dijumpai di Asia Tenggara Sumatera, Borneo, timur Filipina di mana ia mendiami hutan hujan dan kawasan berpaya bakau. Ciri-ciriBabi bodoh ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan : Artiodactyla, tergolong dalam keluarga Suidae. Babi bodoh ialah haiwan berdarah panas yang melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi bodoh tinggal berkumpulan dalam kumpulan keluarga. Jantung babi bodoh terdiri daripada empat ruang seperti manusia. Ruang atas dikenali sebagai atrium, sementara ruang bawah dikenali sebagai ventrikel.
PembiakanSebagai mamalia, babi bodoh berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Babi bodoh akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari. Babi bodoh mampu membiak dari usia 18 bulan dan boleh membiak silang dengan spesies lain dalam famili zoologi Suidae. Zoo San Diego merupakan zoo pertama di Hemisfera Barat yang membiak haiwan tersebut.[7] Sehingga Januari 2016, haiwan ini dipelihara di Zoo London, Zoo Berlin, Zoo Gladys Porter, Zoo Negara (Malaysia), Zoo Taiping, Safari Malam (Singapura), dan Zoo Southwick.[8] Haiwan yang berada di Zoo Hellabrunn telah dieutanasia pada tahun 2017 berikutan usia haiwan yang tua,[9] dan hanya tinggal satu haiwan jantan sahaja di Zoo Berlin. Tiga haiwan (satu jantan yang dikasi dengan dua lagi betina) sahaja yang tinggal di Zoo London[10] dan satu sahaja yang tinggal di Zoo Gladys Porter[11] dan haiwan tersebut akan digantikan dengan babi belukar sungai merah di Zoo Southwick pada tahun 2017, yang bermakna spesies tersebut akan hilang dari zoo-zoo Eropah dan Amerika. PengekalanBabi bodoh merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan.[12] SubspesiesTerdapat dua subspesies bagi babi ini:[13]
Rujukan
Pautan luar
Information related to Babi bodoh |
Portal di Ensiklopedia Dunia