Ayam bakar
Ayam bakar adalah ayam panggang di atas arang yang merupakan keistimewaan Indonesia, dan Malaysia. Perapan dan rempah ratusDi Jawa, ayam biasanya diperisakan dengan campuran kicap manis dan minyak kelapa yang disapukan dengan berus semasa memanggang. Campuran rempah bumbu mungkin berbeza-beza di berlainan rantau, tetapi biasanya ia terdiri daripada campuran bawang merah, bawang putih, cili, ketumbar, jus asam, buah keras, kunyit, lengkuas dan garam. Di Jawa, ayam bakar lazimnya manis kerana banyaknya kicap manis sebagai perapan atau sos pencicah, sedangkan ayam bakar Padang, Bali, Lombok dan sebahagian besar Sumatera biasanya lebih berempah dan lebih merah kerana banyaknya cili, rempah kunyit dan lain-lain, dan tiada kicap manis. Potongan ayam biasanya dimasak sebentar dalam campuran rempah menggunakan api kecil sebelum dipanggang, agar ayam menyerap rempah-rempah itu. Semasa proses memanggang, rempah-rempah yang tinggal disapu pada ayam. Ayam bakar biasanya dihidangkan dengan sambal belacan atau sambal kicap dengan hirisan timun dan tomato. JenisTerdapat banyak resipi ayam bakar, antara yang popular adalah ayam bakar ala Padang, ayam percik dan ayam golek dari Malaysia, ayam bakar Taliwang dari Lombok, hayam bakakak Sunda, dan ayam bakar bumbu rujak Jawa (ayam panggang kelapa pedas).[1][2] Biasanya, ayam diperap dengan campuran rempah-rempah, kadang-kadang kicap manis dan kemudian dipanggang. Lihat jugaRujukan
Pautan luarInformation related to Ayam bakar |
Portal di Ensiklopedia Dunia