Astro B.yond (digayakan pada logo sebagai b.yond dan sekarang dikenali sebagai Astro B.yond HD Box) ialah sebuah perkhidmatan pertama televisyen berdefinisi tinggi (HDTV) di Malaysia yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Astro Malaysia pada 11 Disember 2009. Pada pelancarannya, perkhidmatan ini telah dianggarkan menelan belanja kira-kira RM200 juta, termasuk kos pemasaran dan operasi kira-kira RM150 juta, sepanjang tahun kewangan akan datang, mendahului hasil dan pendapatan daripada perkhidmatan ini. Ia merupakan perkhidmatan HD yang masih hidup sehingga kini di Malaysia dengan adanya set dekoder baharu Astro, Astro Connected Box bagi Ultra Box dan Ulti Box serta merupakan sebuah cabang utama menggantikan set dekoder Astro MAX yang dihentikan pada 10 Oktober 2010 berikutan dengan kontorversi.
Laman Utama Astro B.yond ( 2014 - Kini )
Jenis Lainnya
Astro B.yond PVR
Astro B.yond turut memperkenalkan perkhidmatan Rakaman Video Digital (DVR), tersedia melalui Perakam Video Peribadi (PVR) Astro B.yond dan pemacu cakera keras (Hard Disk) luaran yang disambungkan kepada penyahkod Astro B.yond.Astro B.yond PVR didatangkan dengan cakera keras 500GB terbina dan membolehkan pelanggan merakam sehingga dua program langsung pada masa yang sama, putar semula dan jeda TV langsung. Perkhidmatan rakaman juga boleh didapati melalui Astro B.yond melalui pemacu cakera keras luaran yang serasi dan pengaktifan perkhidmatan rakaman oleh Astro.
Pada 14 Julai 2014, Samsung dan Astro membawakan pengalaman menonton definisi tinggi (HD) ke rumah rakyat Malaysia. Kotak PVR Astro B.yond terbaharu ialah Samsung GX-AS731SK yang dijenamakan semula.
Astro B.yond IPTV
Pada April 2011, Astro B.yond memperkenalkan perkhidmatan televisyen Protokol Internet (IPTV) melalui kerjasama dengan Maxis Berhad untuk menyampaikan IPTV. Sejak Disember 2010, Astro menyediakan pelbagai pilihan saluran Astro dalam HD dengan rakaman video peribadi (PVR) dan perkhidmatan video atas permintaan (On-Demand) yang dihantar melalui jalur lebar gentian Maxis. Astro B.yond IPTV akan tersedia secara progresif di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Pada masa ini, Astro B.yond IPTV boleh didapati di 60 kondominium bertingkat tinggi di Mont Kiara, KLCC, Bangsar dan Pulau Pinang.
Teknologi
Astro menggunakan teknologi DVB-S2MPEG-4 untuk saluran HD, dan DVB-SMPEG-2 untuk saluran SD. Seiring dengan perkembangan teknologi, Astro memperkenalkan fungsi rakaman (PVR) dan video atas permintaan (On-demand) dengan sambungan Wi-Fi. Dengan PVR, pengguna boleh merakam rancangan kesukaan dan boleh ditonton pada bila-bila masa.
Dekoder
Dekoder Astro B.yond HD Box ialah Pace DS-830NA, dan juga dekoder pertama Astro yang mampu menerima isyarat dari MEASAT-3 dan MEASAT-3A, di samping serasi DVB-S2. Dekoder ini tidak boleh berkongsi piring satelit dengan dekoder lain, kerana apabila ditukarkan ke frekuensi yang lebih tinggi untuk kandungan HD, dekoder SD yang sama piring satelitnya akan hilang isyaratnya.
Saluran televisyen
Semua saluran telah dikemaskini pada 1 Februari 2025.
Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif: Badri Masri ·Ketua Pegawai Eksekutif (CEO): Augustus Ralph Marshall
Jawatankuasa Eksekutif: Tan Poh Ching · Mohamed Khadar Merican · Bernard Anthony Cragg · Chin Kwai Yoong