Aset
Aset dalam perniagaan dan perakaunan ialah merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu atau sesebuah perniagaan atau syarikat. Sebarang harta tanah atau barangan berharga yang dimiliki, yang biasanya dianggap boleh guna sebagai bayaran hutang seseorang, biasanya dianggap sebagai satu aset. Secara mudah, aset merupakan benda yang mudah ditukarkan kepada tunai.[1] Kunci kira-kira sesebuah firma merekodkan nilai kewangan[2] aset yang dimiliki oleh sesebuah firma. Ia merupakan wang dan barangan berharga lain kepunyaan individu atau perniagaan.[3] Dua kelas aset utama ialah aset aset ketara dan aset tidak ketara. Aset ketara terdiri daripada beberapa subkelas, termasuk aset semasa dan aset tetap.[4] Aset semasa termasuklah inventori, manakala aset tetap ialah seperti bangunan dan peralatan.[5] Aset tidak nyata merupakan sumber dan hak bukan fizikal yang memiliki nilai kepada syarikat kerana ia memberikan syarikat kelebihan dalam pasaran. Contoh aset tidak nyata adalah nama baik ("goodwill), hakcipta, tanda dagang, paten dan perisian komputer,[5] dan aset kewangan, termasuk jenis seperti "accounts receivable", bon dan stok. Ciri-ciri asetAset memiliki tiga ciri utama:
Ianya tidak perlu, dari segi istilah perakaunan, untuk mengawal sesuatu aset untuk keuntungan sebagai boleh dilakukan menurut undang-undang sebelum sesuatu sumber ditakrifkan sebagai aset, asalkan entity itu boleh mengawal penggunaannya melalui cara lain. Adalah penting bagi memahami bahawa dari segi perakaunan aset tidak sama dengan hak milik. Aset adalah sama dengan "equity" tambah "tanggungan/laibiliti". Persamaan perakaunan mengaitkan aset, tanggungan, dan ekuiti pemilik:
Aset disenaraikan dalam kunci kira-kira. Sama juga, dalam ekonomi aset merupakan sebarang bentuk kekayaan yang boleh disekat. Rujukan
Information related to Aset |
Portal di Ensiklopedia Dunia