Api
Api (Jawi: اڤي ) ialah proses oksidasi pantas dengan menghasilkan cahaya, haba, asap dan pelbagai hasil tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air.[1] Api lazimnya diklasifikasikan sebagai pembakaran minyak atau bahan api dalam keadaan terbakar (misalnya unggun, pendiangan atau dapur) atau satu pembakaran ganas, pemusnah dan tidak terkawal (seperti dalam bangunan atau api liar). Penemuan bagaimana membuat api dianggap salah satu kemajuan peradaban manusia yang penting membenarkan hominid yang lebih tinggi perkembangannya mengusir binatang liar, memasak makanan dan mengawal sumber cahaya serta memanaskan badan sendiri. Perkataan "api" diturunkan daripada akar Proto-Austronesia *Sapuy,[2]yang mencerminkan kepentingannya dalam budaya dan kehidupan masyarakat Nusantara sejak dahulu. Api juga menjadi simbol kuasa, kemajuan, dan kehancuran dalam banyak tamadun di seluruh dunia. KimiaNyalaan apiNyalaan api ialah bahagian kelihatan pada api yang terbentuk daripada gas panas yang membebaskan tenaga dalam bentuk cahaya dan haba. Nyalaan terbentuk apabila bahan bakar bertindak balas dengan oksigen melalui proses pembakaran. Warna, suhu, dan sifat nyalaan bergantung pada jenis bahan bakar, suhu, dan kehadiran bahan kimia tertentu. Warna NyalaanWarna nyalaan api menunjukkan suhu dan jenis bahan kimia yang terlibat:
Suhu lazim api dan nyalaan
Mengawal apiKebolehan mengawal api merupakan satu faktor utama perubahan tabiat manusia awal. Api sebagai sumber kuasaPembakaran bahan bakar akan menghasilkan tenaga yang boleh digunakan sebagai sumber kuasa. Perlindungan dan Pencegahan KebakaranLangkah-langkah perlindungan kebakaran penting untuk mengurangkan risiko bahaya, termasuk:
Lihat juga
RujukanPetikan
Rujukan umum
Pautan luar
Diarkibkan 2010-03-19 di Wayback Machine
Information related to Api |
Portal di Ensiklopedia Dunia