Alat penimbangAlat penimbang, penimbang [berat], neraca (Jawi: نراچ , pinjaman Sanskrit: नाराची nārāci),[1] dacing (Jawi: داچيڠ, pinjaman bahasa Min Selatan 檯秤 tâi-chhèng), teraju[2] dan mizan (Jawi: ميزان, pinjaman bahasa Arab mīzān bentuk ism وَزَنَ wazana "menimbang [berat]")[3][4] adalah alatan yang berfungsi untuk menimbang berat atau mengukur jisim. Aspek fizikPersamaan matematik suatu neraca berpegas dinyatakan dalam: dengan
Neraca/timbangan dengan bandul pemberat (seperti yang terdapat di pasar ikan/sayur) menimbang jisim dengan suatu pemberat banding (atau "pembanding") yang lebih kecil dengan tuas yang panjang lalu mengikuti hukum tuas (persamaan momen). dengan
Neraca pegas menunjukkan angka yang berbeza di bumi dan bulan, atau di bahagian gravitin berbeza. Timbangan bandul menunjukkan angka yang sama di mana pun, asal masih ada graviti untuk menggerakkan timbangan. Jenis yang wujudBerpegasAlat penimbang jenis ini berfungsi melalui penyeimbangan daya yang terhasil oleh tarikan graviti dengan daya yang dikenakan pada neraca, manakala imbangan atau sepasang skala menggunakan balok imbang untuk menyeimbang berat yang disebabkan oleh jisim satu objek yang berlawanan berat bagi suatu jisim yang diketahui. Penimbang berat boleh dikaliberasi atau diselaraskan dengan bacaan dalam unit newton atau dalam unit jisim seperti kilogram, namun imbangan atau sepasang skala yang menggunakan balok imbang tradisional akan memberikan bacaan yang tepat walaupun penimbang itu dipindahkan ke kawasan yang mempunyai daya tarikan graviti yang berbeza - yakni bukan sifar - namun bacaan hanya akan tepat sekiranya unitnya dalam newton), manakala neraca sprng akan memberikan bacaan yang tepat dalam bentuk daya pada daya graviti yang berbeza (bacaan menjadi tidak tepat sekiranya unitnya dalam bentuk jisim) Rujukan
Pautan luar
Information related to Alat penimbang |
Portal di Ensiklopedia Dunia