Ahli Bapak Bapak Club
Ahli Bapak Bapak Club ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Tam Suhaimi, dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz, Uyaina Arshad dan Shiqin Kamal. Ia berkisarkan tentang 3 lelaki berlainan personaliti mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Gempak Original Series dan memulakan tayangan perdana di Astro Ria dari 19 Mei sehingga 21 Julai 2021.[1][2][3] SinopsisMengisahkan tentang tiga lelaki berlainan personaliti mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa. Hana (Shiqin Kamal), seorang pemengaruh terkenal dan juga merupakan bekas isteri kepada Joe (Aiman Hakim). Selepas berpisah dengan Joe, Hana bertambah cantik. Adakah Joe menyesal berpisah dengan Hana? Bob (Luqman Hafidz), seorang penganggur selepas syarikat tempat dia bekerja gulung tikar. Tapi Bob rahsiakan dari isterinya tentang ini dan berpura-pura masih bekerja. Yem (Uyaina Arshad), seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila Yem boleh tahan dengan Bob? Nik Tan Abdullah (Steve Yap), seorang pakar motivasi yang berjaya. Nik seorang penyayang dan ada gaya. Namun Nik sebenarnya tidak disukai oleh dua anak tirinya. Adakah Nik dapat menggunakan kemahiran yang dia ada untuk mengambil hati anak tirinya. Fisha (Maria Farida) seorang jutawan kosmetik, isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuannya. Pelakon
PenerbitanAhli Bapak Bapak Club ialah idea asal tenaga kreatif Astro Gempak dengan kerjasama Global Station yang bertanggungjawab merealisasikan siri itu.[4] Aiman Hakim Ridza, Luqman Hafidz dan Steve Yap digandingkan selaku teraju utama buat pertama kali.[5][6] Drama ini juga buat pertama kali menampilkan kemunculan penyanyi, Amir Masdi dalam bidang lakonan dengan memegang watak sebagai Fir. Penggambaran dijalankan sewaktu Ramadan di sekitar Cyberjaya, Wangsa Maju, Kemensah dan Batang Kali, Selangor selama 18 hari dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[7] TemaMenurut Naib Presiden Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Ahli Bapak Bapak Club membincangkan subjek dan topik yang tidak kerap diketengahkan di televisyen iaitu cabaran golongan lelaki terutamanya kaum suami dan bapa moden dalam menyeimbangkan kerjaya, keluarga, minat, keperluan peribadi dan kehidupan secara umum dalam mengharungi zaman yang mencabar. Beliau berkata: “Menerusi genre komedi dan jalan cerita yang diketengahkan, kami yakin isu dan elemen- elemen yang diselitkan pasti dekat dengan penonton. Tambah menarik, jalan cerita ini dibawa dengan begitu berkesan dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon berpengalaman serta bakat-bakat baru yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini,”.[8][9] Rujukan
Pautan luarInformation related to Ahli Bapak Bapak Club |
Portal di Ensiklopedia Dunia