(G)I-dle (Hangul: (여자)아이들code: ko is deprecated ; RR: Yeoja Aideul; dipendekkan kepada GIRL-I-DLE) adalah kumpulan wanita dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Cube Entertainment pada tahun 2018. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli: Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi dan Shuhua.
[1] Pada asalnya enam orang ahli, Soojin telah meninggalkan kumpulan ini pada 14 Ogos 2021.[2] Kumpulan ini membuat penampilan sulung pada 2 Mei 2018 dengan album mini pertama mereka bertajuk I Am. Pada 31 Julai 2019, kumpulan ini memulakan debut di Jepun di bawah U-Cube[3] dengan Latata.
(G)I-dle diberi jolokan "monster rookie" pada 2018 dan telah dianggap sebagai salah satu kumpulan wanita Korea Selatan paling berjaya yang bukan berasal dari label rakaman "tiga besar".[4][5] Sejak debut mereka, kumpulan ini telah mengeluarkan enam mini album dan lapan single termasuk "Latata", "Hann (Alone)", "Senorita", "Uh-Oh", "Lion", "Oh My God", "Dumdi Dumdi" dan "Hwaa".
(G)I-dle juga dikenali kerana penglibatan secara langsung dalam muzik mereka, dengan ketua mereka, Soyeon, dan anggota Minnie dan Yuqi menulis dan ikut menerbitkan karya muzik mereka.[6] Bagi mempromosikan album mini ketiga mereka I Trust pada tahun 2020, kumpulan ini menandatangani kontrak dengan label rakaman Amerika Republic Records[7] untuk mengembangkan kerjaya di AS. Selepas dikeluarkan, kumpulan ini mencatat rekod tertinggi untuk kumpulan wanita Korea Selatan di kedudukan carta lagu iTunes Album Teratas dan kumpulan wanita keempat yang menjual 100.000 unit di minggu pertama penjualan.[8] Album single 2020 mereka Dumdi Dumdi mencipta rekod penjualan album single, menjadikannya album single kumpulan wanita terlaris kedua sepanjang zaman.[9] (G)I-dle juga menjadi kumpulan K-pop pertama yang ditemubual oleh Forbes China.[10]
^이문원의 쇼비즈워치 (여자)아이들, 글로벌 팬덤형 걸그룹의 미래 [[Lee Moon-won's Showbiz Watch] (G)I-dle, the future of a global fandom-type girl group]. Sports World. Lee Moon-won. April 13, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 24, 2020.
^Ji-hye, Kim (July 9, 2020). (여자)아이들, 'Oh my god' MV 1억뷰..통산 네 번째[공식] [(G)I-dle,'Oh my god' music video surpassed 100 million views.. 4th official [Official]]. HeraldPop. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.
^Cheon Seol-hwa (August 27, 2020). (여자)아이들, K-POP 그룹 최초 中 포브스와 인터뷰 진행 [(G)I-dle, the first K-POP group to conduct an interview with Forbes in China]. Star Daily News. Diarkibkan daripada yang asal pada October 3, 2020. Dicapai pada August 27, 2020.
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Queendom
^YouTube Originals (March 31, 2021). "K-Pop Evolution". YouTube (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada March 31, 2021. Dicapai pada March 31, 2021.
^Kang, Yeon-woo (January 11, 2021). '소문의 아이들' (여자)아이들 컴백 스페셜 쇼 라이브 ['Children of Rumors' (G)Idle Comeback Special Show Live]. Maeil Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada June 2, 2021. Dicapai pada May 31, 2021.