Sekolah Kebangsaan Kuala Triang

Sekolah Kebangsaan Kuala Triang
Lokasi
 Malaysia Jalan Bukit Che Man, Kampung Kuala Triang, BANDAR BERA, Pahang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, beramal, berbakti
Nombor sekolah6092790091
Kod sekolahCBAA039
Faks6092790092


Sekolah Kebangsaan Kuala Triang atau nama ringkasnya SK Kuala Triang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Che Man, Kampung Kuala Triang.

Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kuala Triang memiliki 65 murid lelaki dan 73 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 138 orang daripada kelas pra sekolah hinggalah ke tahun 6. Ia juga mempunyai seramai 17 orang guru.2024

Sejarah

SK Kuala Triang mula dibuka pada 23 Januari 1940. Dulunya terletak di seberang Sungai Pahang dan dikenali sebagai Sekolah Umum Tanjung Pamun.

  Pada ketika mula dibuka guru besarnya Encik Idris bin Mohd Yusof (Allahyarham) dan dibantu 2 orang guru pelatih (dulu dikenali sebagai Guru Kaka). Seramai 72 orang murid yang menjadi murid perintis sekolah ini.

  Ketika zaman penaklukan Jepun di Tanah Melayu dalam tahun 1941, sekolah ini telah ditutup dan dibuka semula pada 30 Disember 1945. Sekolah ini terpaksa ditutup semula dalam tahun 1948 berikutan ancaman komunis dan seluruh negara diisytiharkan darurat.

  Apabila keadaan kembali aman, penduduk tempatan telah  membina secara gotong-royong bangunan kayu berukuran 26 kaki x 18 kaki untuk dijadikan bilik darjah di tapak baru yang digunakan sekarang.

  Sekolah ini mula beroperasi pada 28 April 1951. Pihak Kerajaan telah membina bangunan baru dalam tahun 1953 bagi menggantikan bangunan gotong-royong yang telah dirasmikan dalam tahun 1956 oleh Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pada ketika itu.

  Dalam tahun 1980, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Kuala Triang kerana ianya terletak di Kampung Kuala Triang.

Pencapaian

Menjadi naib johan kitar semula sekolah peringkat negeri Pahang pada tahun 2023.

Alamat

Sekolah Kebangsaan Kuala Triang
Jalan Bukit Che Man, Kampung Kuala Triang
Pahang, Malaysia
Telefon = 601165731544
Fax = TIADA

Pautan luar

Information related to Sekolah Kebangsaan Kuala Triang

Prefix: a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Portal di Ensiklopedia Dunia

Kembali kehalaman sebelumnya