Hubungan Jordan–Malaysia
Hubungan Jordan–Malaysia merujuk kepada hubungan luar negeri antara Jordan dan Malaysia. Jordan memiliki sebuah kedutaan di Kuala Lumpur,[1] dan Malaysia memiliki sebuah kedutaan Amman.[2] Hubungan antara kedua-dua negara secara lazimnya melibatkan perihal ekonomi. Hubungan ekonomiPada masa ini, kedua-dua negara adalah rapat, terutamanya dalam hal-ehwal Islam.[3] Dalam sektor petroleum, YTL Power Malaysia memiliki pegangan 30% dalam projek syal minyak di Jordan.[4] Syarikat-syarikat Malaysia juga memulakan perniagaan sektor industri halal di Jordan dengan pembinaan kilang dan perbekalan kepada pihak seperti Tentera Diraja Jordan.[5] Di pihak sebelah, Jordan membangkitkan semula jadual penerbangan lazim je Malaysia,[6] dan melabur dalam pembinaan kawasan kewangan antarabangsa.[7] Jordan juga merancang untuk membina cawangan Universiti al-Bayt di Malaysia.[8] Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian berkenaan penghapusan cukai berkaitan.[9] Dalam kejadian rampasan armada Gaza pada 2010, pihak Jordan berjaya membantu melepaskan tahanan dari Malaysia dengan lebih awal daripada pihak Israel.[10] Rujukan
Bacaan lanjutInformation related to Hubungan Jordan–Malaysia |
Portal di Ensiklopedia Dunia