Da'i Syed
Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail (lahir 20 Oktober 1995) atau lebih dikenali sebagai Da'i Syed ialah mantan penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan TV3, Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat. Kehidupan peribadiBeliau memulakan kerjaya awal sebagai pendakwah bebas. Da'i Syed terpilih sebagai salah seorang daripada 12 peserta Da'i Pendakwah Nusantara musim keempat di TV3, dan beliau mendapat tempat keempat. Pada 30 Ogos 2024, Da'i Syed telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun serta tiga sebatan oleh Mahkamah sesyen selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas. [1] Pada 20 September 2024, Da'i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi selepas 21 hari berada dalam Penjara Kajang. Pada 24 September 2024, Mahkamah Tinggi menetapkan 5 November depan sebagai tarikh sebutan semula pengurusan kes Da'i Syed atas dakwaan merogol seorang wanita lima tahun lepas. RujukanPautan luar |
Portal di Ensiklopedia Dunia