Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor
Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor (lahir Khaleeda binti Bustamam; Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor. 16 Julai 1993) merupakan suri kepadaPendidikanBaginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003), Sekolah St. George's Hanover Square, London (2003 hingga 2004), Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010). Kehidupan peribadiChe' Puan Mahkota Khaleeda merupakan anak kepada pasangan Encik Bustamam bin Daud dan Puan Aziyah binti Abdul Aziz. Mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Sepanyol. Perkahwinan dan anakandaPada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che' Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).[2] Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang diputerakan pada 25 Jun 2016.[3]. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) yang diputerakan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada 16 Julai 2019. Baginda dikurniakan anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang diputerakan pada 21 April 2021. Gelaran dirajaJumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang Di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim dengan kuasa hak dan keistimewaan Baginda dibawah Fasal 23 Bahagian Pertama, dan Fasal 7 (2)(e) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan dengan persekutuan Jumaah Majlis DiRaja telah suka dan berkenan pada 31 Disember 2023 melantik, mengurniakan dan menggelar suri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor sebagai Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkuatkuasa serta-merta pada 7 Januari 2024.[4] KerabatYAM Che' Puan Mahkota Khaleeda berkahwin dengan DYAM Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan dua orang putera.
Peranan dan penglibatan dengan masyarakatBaginda merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor[5] Baginda telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia pada 12 Julai 2021.[6] Baginda juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Johor.[7] Panggilan dan gelaran
Nama penuh berserta gelaran rasmi baginda ialah:
Darjah kebesaranChe' Puan Mahkota Khaleeda Johor telah dikurniakan:
Rujukan
Pautan luarInformation related to Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor |
Portal di Ensiklopedia Dunia