Indra![]() Indra atau Indera[1] (Sanskrit: इन्द्र , Jawi: ايندرا ) adalah suatu dewa disembah dalam agama-agama Hindu,[2][1] Buddha[3] dan Jain.[4] Agama Hindu terutamanya menyembah dan menyanjungnya (melalui kitab Rig Veda[5]) sebagai dewa langit, kilat petir, hujan ribut dan peperangan;[1][6][7][8] malah juga ini penghulu segala dewa-dewi yang memerintah di alam angkasanya sama ada di Svarga[6][7][8] atau berhampiran Gunung Meru.[9][10] Kedudukan ini boleh dianggap setaraf dengan beberapa dewa yang disembah tamadun-tamadun purba lain seperti Jupiter, Zeus, dan Thor.[2][11][12] Agama Buddha menganggap Indra sebagai suatu dewa penjaga[3] manakala agama Jain menganggapnya sebagai penunggu syurga tertinggi iaitu Saudharmakalpa.[4] Dewa ini sering digambarkan memegang senjata petir vajra dan menunggang seekor gajah putih bernama Airawata.[13][14] KepercayaanDalam anutan Hindu
Dalam anutan Buddha
Dalam agama Jain
Rujukan
Information related to Indra |
Portal di Ensiklopedia Dunia