Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam
Informasi
Lokasi Pulau Wan Man, Kuala Terengganu,
Malaysia Malaysia
Negara  malaysia
Dirancang oleh California Techniflex Effects
Movieworld & Seaworld Australia Argo Gold Resort
Tokyo Disney Sea
Pengelola
Dibuat oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)
Pembukaan 3 Februari 2008
Biaya RM 249.3 juta (sekitar AS$ 77.2 juta)
Luas 22.3 hektar

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

Pembinaan

Projek pembinaan TTI melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.[1] Bahan asas pembinaan TTI secara keseluruhannya menggunakan bahan buatan tempatan. Kira-kira 65% pembinaan menggunakan kepakaran tukang tempatan manakala selebihnya menggunakan khidmat profesional pakar pertukangan daripada luar negara.

Terdapat 6 fasa pembinaan TTI iaitu:

Fasa Pembinaan
1 Masjid Kristal
Perumahan khas imam dan bilal
2 Monumen masjid
Mercu tanda Islam
3 Pusat konvensyen
4 Lagun
Taman terbuka wakaf, trek joging dan astaka
Kawasan memancing
5 Kompleks masuk TTI
Perani
Teropong
Pusat komersial
6 Pelet dan jalan masuk

Replika

Kesemua 22 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:4 hingga 1:22 berbanding saiz asal.[2]

  Dibina mini studio dan menyediakan lebih kurang 60 tempat duduk
Replika masjid, monumen dan tugu Negara
Masjid Abu Nasr Parsa Afghanistan
Masjid an-Nabawi Arab Saudi
Masjidil Haram Arab Saudi
Masjid Sultan Omar Ali Saifudin Brunei
Masjid Xian China
Taj Mahal India
Masjid Kudus Al-Minar Indonesia
Masjid Sheikh Lutfallah Iran
Masjid Besar Samarra Iraq
Masjid Negara Malaysia
Masjid Mohammad Ali Mesir
Masjid Besar Agadez Nigeria
Masjid Badshahi Pakistan
Kubah As Sakhrah Palestin
Masjid Kul Shariff Rusia
Masjid Al-Hambra Sepanyol
Masjid Aleppo Citadel Syria
Masjid Pattani Thailand
Masjid Qairawan Tunisia
Masjid Suleyman Turki
Menara Kalyan Uzbekistan
Masjid Sultan Singapore

Projek Fasa 2 sedang dijalankan antaranya:

1)Pembinaan Kincir Air dimana inovasi Islam pada zaman dahulu yang ingin diketengahkan semula. Pembinaan kincir air ini banyak merujuk kepada Kincir Air Umat Islam lampau di Syria yang menggunakan Teori Al-Jazari. Kincir air ini juga digunakan untuk sistem pengaliran ke tasik di TTI.

2)Monumen Masjidil Haram, teater yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 3D yang dikenali sebagai Virtual Hajj. Pengunjung berpeluang merasai pengalaman virtual haji/ jemaah haji secara lebih teliti.

Rujukan

  1. ^ "Laporan Utusan Malaysia tentang perasmian Taman Tamadun Islam oleh Perdana Menteri Malaysia". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2012-02-29. Diakses tanggal 13-01-2008. 
  2. ^ "Laporan akhbar Berita Harian tentang Taman Tamadun Islam". Diarsipkan dari versi asli tanggal 2008-04-10. Diakses tanggal 05-02-2008. 

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya