Jaga Dia Untukku

"Jaga Dia Untukku"
Lagu oleh Siti Nurhaliza
dari album Fragmen
Dirilis4 Mei 2014 (Digital) [nota 1]
8 Februari 2014 (Persembahan secara langsung)
FormatMuat turun digital
DirekamJanuari 2014
Cranky Music
(Petaling Jaya, Selangor)
GenrePop
Durasi3:23
LabelSiti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
PenciptaRozisangdewi (Rozi Abdul Razak)
ProduserAubrey Suwito

Jaga Dia Untukku adalah single kedua penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza, pada album ke-16 Fragmen. Lagu ini diciptakan oleh Aubrey Suwito dan lirknya ditulis oleh kakak iparnya, Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozisangdewi dan direkampada Januari 2014.

Lagu ini ditampilkan kali pertama saat Dato’ Siti Nurhaliza - Where The Heart Is, berkisah tentang perasaannya yang mengetahui suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang terlibat dalam kecelakaan motor di Selandia Baru pada November 2012. Lagu ini diluncurkan secara resmi di ITunes pada 4 Mei 2014.[1][2]

Lagu ini juga dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3.[3]

Latar belakang dan rekaman

"Emosi dalam lagu ini mudah ditonjolkan apatah lagi Siti sendiri melaluinya. Tapi Siti cuba alun dan. terjemahkan dengan cara Siti. Tapi tiada babak yang menampakkan Siti seperti menangis, sebaliknya menampakkan. sisi tabah saat berdepan kesukaran itu."

— Siti Nurhaliza semasa merakamkan lagu Jaga Dia Untukku[4]

Lagu ini direkam pada Januari 2014,[5] di mana ia terinspirasi oleh perasaannya saat mengetahui mengalami kecelakaan motor pada Dieember 2012.[4] Sebagaimana lagu-lagu di dalam album Fragmen yang berkisah tentang sisi hidupnya,[6] Siti menyatakan lagu Jaga Dia Untukku sebagai "menerjemahkan segala perasaan Siti alami dan orang yang menghasilkannya."[6] Komposer lagu ini, Aubrey Suwito dan penulis lirik, Rozi Abdul Razak turut bersama-sama dengannya ketika peristiwa itu terjadi.[6]

Komposisi dan lirik

Lagu ini berdurasi selama 3 menit 23 detik,[7] Jaga Dia Untukku merupakan sebuah lagu dengan tempo bersederhana dan rancak. Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan liriknya ditulis oleh kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak (Rozisangdewi). Lirik lagu ini semuanya diinspirasikan daripada pengalamannya berdepan saat getir setelah mendengar berita mengenai insiden dan kebimbangan untuk menjaganya, menurut Zaidi Mohamad dari Berita Harian, liriknya "menggambarkan kedukaan dan penderitaan jiwa dilihat cukup dekat dengan Siti saat mengenang kembali bagaimana beliau berdepan suasana duka apabila suaminya terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar hujung tahun 2012 di New Zealand.” [4]

Peluncuran dan promosi

Lagu ini ditampilkan kali pertama saat konser amal Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Februari.[8] Untuk peluncuran radio, Hot FM menjadi stasion radio pertama di Malaysia yang menyiarkan lagu ini secara eksklusif untuk pendengar Malaysia pada 2 Mei.[9][10]

Musik video

Sebagaimana musik video lagunya terdahulu, musik video Jaga Dia Untukku menjalani penggambaran di Puncak Pas, Cisauran, Kabupaten Bogor, Indonesia.[11] dan ia dipertontonkan kepada media semasa peluncuran album Fragmen pada 21 Juli. Ia menampilkan secara langsung beberapa kali termasuk dalam acara “Apa Saja FBI” di TV9.[12] Dalam musik video lagu ini, Siti Nurhaliza tampil mengenakan tudung dan busana berwarna coklat berlian dan ditemani oleh nyalaan lilin dan menampilkan rekaman klip pasangan kekasih dan seorang penunggang motor yang mengalami kecelakaan di jalan raya, dari awal hingga akhir musik video.

Penampilan langsung

Selain persembahan pertama lagu ini semasa konser Siti Nurhaliza In Concert - Where The Heart Is yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 Februari, lagu itu juga ditampilkan saat Minggu Setiausaha selama dua Hari, Lebih Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza.[9][13]

Kredit

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album Fragmen.[14]

  • Aubrey Suwito – penerbit rakaman, komposer, synth, penerbitan, gubahan, rakaman
  • Siti Nurhalizavokal, penyanyi latar
  • Jay Franco (Sterling Sound) – mastering
  • Juwita Suwito – penyanyi latar
  • Rozisangdewi (Rozi Abdul Razak) – lirik
  • Sunil Kumar – adunan

Tangga lagu

Carta (2014) Kedudukan

carta

Carta Lagu Top 30 Malaysia[15] 4 [nota 2]

Anugerah

Tahun Anugerah Penerima dan pencalon Kategori Keputusan Negara hos
2014 Anugerah Industri Muzik[16][17] "Jaga Dia Untukku" Lagu Pop Terbaik Nominasi Malaysia

Malaysia

2015 Anugerah Meletop Era[18] "Jaga Dia Untukku" Penyanyi Meletop Menang Malaysia

Malaysia

Lagu Meletop Nominasi
Anugerah K-20 Karaoke Popular[19] "Jaga Dia Untukku" 10 Lagu Berbahasa Melayu Paling Popular 2014 Menang tempat ke-9 Malaysia

Malaysia

Anugerah Planet Muzik "Jaga Dia Untukku" Lagu Paling Popular APM Nominasi Singapura

Singapura

Format daftar lagu

  • Muat turun digital[7]
  1. "Jaga Dia Untukku" – 3:23

Radio dan tanggal terbit

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 4 Mei 2014[1][2] Muat turun digital Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
2 Mei 2013[9] Siaran radio kontemporari

Catatan

  1. ^ Catatan 1: Walaupun ia telah dilaporkan bahawa lagu itu dikeluarkan di iTunes pada 4 April, lagu itu sebenarnya dikeluarkan pada 4 Mei, dua hari selepas beliau mempromosikan lagu ini di stesen radio.
  2. ^ Catatan 2: Single ini boleh mencatatkan lebih tinggi daripada yang dinyatakan di sini, kerana data oleh Muzik Mingguan Asia mula boleh didapati kemudian selepas pelancaran single pada 4 Mei.

Rujukan

  1. ^ a b Universal Music Malaysia (Domestic)'s Admin (4 Mei 2014). "Jaga Dia Untukku First Promo on Universal Music Malaysia (Domestic)'s Facebook Account". Diakses tanggal 2014-07-06. 
  2. ^ a b Get Music Asia Staff (4 Mei 2014). "Dato' Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untukku" Single Out Now!". getmusicasia.com. Diakses tanggal 2014-07-06. 
  3. ^ Senarai Lagu Tema OST Drama Rindu Awak 200% Diarsipkan 2017-01-04 di Wayback Machine. MySumber (15 Julai 2014). Dicapai pada 22 Julai 2014.
  4. ^ a b c Zaidi Mohamad (15 Jun 2014). "Siti rakam klip video di Bogor". Berita Minggu. Diakses tanggal 2014-07-06. 
  5. ^ Feride Hikmet Atak (8 Mei 2014). "Siti Nurhaliza Kesal Lagu Baharu Dicetak Rompak". mStar. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2014-07-14. Diakses tanggal 2014-07-06. 
  6. ^ a b c Berita Harian Staff (30 Jun 2014). "Fragmen muatkan kisah hidup Siti Nurhaliza". Berita Harian. Diakses tanggal 2014-07-06. 
  7. ^ a b "Jaga Dia Untukku – Single – Dato Siti Nurhaliza". iTunes Store (MY). Apple. 4 April 2014. Diakses tanggal 2014-07-07. 
  8. ^ Noraniza (11 Februari 2014). "Konsert Where The Heart Is Cerita Kisah Cinta Dato' Siti Nurhaliza". OhBulan.com. Diakses tanggal 2014-07-08. 
  9. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (26 April 2014). "Penangan Siti, Zizan". Berita Harian. Diakses tanggal 2014-07-06. 
  10. ^ Farihad Shalla Mahmud (21 Mei 2014). "Siti perangi cetak rompak". Berita Harian. Diakses tanggal 2014-07-08. 
  11. ^ Tomi Tresnady (29 Mei 2014). "Diam-diam, Siti Nurhaliza Syuting MV Terbaru di Bogor". Suara.com. Diakses tanggal 2014-08-06. 
  12. ^ Mohd Jamira Ramli (Penerbit) (21 Oktober 2014). Apa Saja FBI (Motion Picture). Malaysia: TV9. 
  13. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (13 Mac 2014). "Siti to thrill Girls Friday". New Straits Times. Diakses tanggal 2014-07-09. 
  14. ^ Fragmen (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2014. 
  15. ^ Music Weekly Staff (25 Ogos 2014). "Top 30 Singles Chart Malaysia". Musicweekly.asia. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2014-08-25. Diakses tanggal 2017-02-24. 
  16. ^ Norimy Aimi (6 Disember 2014). "Datuk Siti Nurhaliza Kuasai AIM 21". Mangga Online. Utusan Karya Sdn Bhd. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2014-12-09. Diakses tanggal 2014-12-07. 
  17. ^ Kosmo! Staff (21 Oktober 2014). "Siti raih pencalonan terbanyak AIM 21". Kosmo!. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016-03-04. Diakses tanggal 2014-10-21. 
  18. ^ Azyyati Ahmad (22 Februari 2015). "Ayda Jebat dan Johan dinobat Top Top MeleTOP Era 2015". Astro Awani. Diakses tanggal 2015-02-27. 
  19. ^ "'Romancinta' Nyanyian Mojo Lagu Paling Popular Di Red Box". mStar. Star Publications (M) Bhd. 23 April 2015. Diarsipkan dari versi asli tanggal 2016-04-15. Diakses tanggal 2017-02-24. 
Kembali kehalaman sebelumnya