Nasi ambeng
Nasi ambeng (bahasa Jawa: ꦱꦼꦒꦺꦴꦄꦩ꧀ꦧꦼꦁ, translit. sêgo ambêng) adalah hidangan khas masyarakat Jawa yang merupakan nasi putih yang diletakkan di atas tampah atau daun pisang dan diberi lauk pauk di sekelilingnya. Lauk pauk terdiri daripada perkedel, ikan asin goreng, rempeyek, sambal goreng, telur rebus, tempe goreng, urap, bihun goreng, dan opor ayam. Nasi ambeng adalah hidangan yang disajikan dalam selamatan sebagai tanda kesyukuran. Nasi dimakan beramai-ramai oleh empat hingga lima orang dewasa. Nasi dimakan dengan memakai dengan tangan, tanpa sendok dan garpu. Penyajian nasi ambeng mengandung permohonan agar semua pihak yang turut serta dikaruniai banyak rezeki. Nasi ambeng juga populer di Malaysia, terutama di kalangan orang Malaysia keturunan Jawa, dan juga dikenal dengan nama nasi ambang.[1] Hidangan ini juga dapat dijumpai di Singapura. Lauk wajib nasi ambeng di Malaysia adalah serundeng kelapa. Di Malaysia, lauk nasi ambeng yang populer adalah daging ayam masak kecap, mi goreng, dan sambal goreng.[2] Penyajian nasi ambeng di Malaysia hampir sama dengan penyajian nasi ambeng di Jawa. Nasi ambeng jualan utuk porsi individu dan bukan untuk dimakan beramai-ramai. Nasi dan lauk pauknya diletakkan di atas talam untuk dimakan bersama-sama. Nasi ambeng jualan adalah porsi individu dengan pelbagai lauk. Referensi
|