El Dorado

Bot Golden Muiska yang dijumpai di Pasca, Kolombia mewakili istiadat Bharat

El Dorado (Bahasa Spanyol: "yang berbalut emas") adalah sebuah legenda yang bermula dengan cerita tentang seorang ketua suku Amerika Selatan yang meliputi dirinya dengan debu emas.

Asal usul legenda

Mitos bermula pada tahun 1530 di Andes (kini dikenali sebagai Kolombia), di mana conquistador Gonzalo Jiménez de Quesada menemui Muiska (1537), sebuah negara moderenn di Kundinamarka dan dataran tinggi Boyacá di Kolombia. Cerita tentang ritual-ritual Muiska adalah disebabkan Quito oleh Sebastian de Belalcazar; bercampur dengan desas-desus lain, timbul pula legenda El Dorado, Lelaki Keemasan— el indio dorado, orang India keemasan, dan el rey dorado, Raja Emas. Apabila difikirkan sebagai sebuah tempat, El Dorado menjadi sebuah negara, satu empayar, bandar ini terkenal raja keemasan.

Majlis suku kaum

Cerita asalnya bisa ditemukan dalam sejarah merewang, El Carnero, oleh Juan Rodriguez Freyle. Menurut Freyle, raja atau ketua sami Muiska dikatakan melaburi tubuhnya dengan debu emas secara ritual dalam satu perayaan keagamaan yang diadakan di danau Guatavita, Bogotá.


Pada tahun 1636 Juan Rodriguez Freyle menulis sebab-sebabnya, dan kemudian dikirimkan kepada kawannya Don Juan, cacique atau gubernur Guatavita:

Majelis berlangsung pada upacara perlantikan seorang pemerintah baru. Sebelum mengambil alih kuasa, seseorang lelaki akan menghabiskan waktu di dalam sebuah gua, tanpa wanita-wanita, dilarang untuk makan garam dan lada hitam, atau keluar pada waktu siang. Tantangan pertama untuk lelaki tersebut ialah pergi ke laguna besar di Guatavita, untuk melakukan tawaran dan pengorbanan untuk hantu yang mereka puja sebagai tuhan. Sewaktu upacara yang berlangsung di laguna tersebut, mereka membuat sebuah rakit dengan tergesa-gesa, mempercantik dan menghiasnya dengan kebanyakan benda menarik yang mereka punya. Mereka meletak empat cahaya api (braziers) yang dibakar menggunakan moque yaitu merupakan kemenyan bumiputera ini, dan juga damar dan wangi-wangian lain. Laguna tersebut besar dan dalam, jadi kapal tersebut itu bisa belayar di tempat itu. Kapal tersebut penuh dengan lelaki dan perempuan yang berpakaian baik, plak-plak emas serta mahkota... Kemudian, apabila api diatas rakit rakit mula membakar kemenyan, mereka akan menyalakan api (braziers) di pantai, agar asapnya dapat menyembunyikan cahaya matahari.
Pada masa ini mereka menanggalkan pakaian untuk raja tersebut dan kulitnya disapukan dengan tanah melekit yang ada debu emas. Jadi, dia melabur sepenuhnya dengan logam ini. Mereka meletakkannya di atas rakit ... dan di kakinya diletakkan dengan begitu banyak emas dan zamrud untuk ditawarkan untuk tuhannya. Ketika di atas rakit pula, dia diiringi dengan empat orang ketua utamanya, dihiasi dengan mahkota, gelang, loket dan subang emas. Mereka juga berbogel dan setiap orang akan membawa tawaran-tawaran yang lain.... apabila rakit tiba di tengah laguna, mereka mengibarkan sepanduk atau bendera sebagai isyarat untuk senyap. Kemudian dia akan membuang kesemua timbunan emas ke dalam danau, dan ketua-ketua yang mengiringinya juga melakukan hal yang sama..... Setelah itu mereka menurunkan bendera. Kemudian, rakit tersebut mula kembali ke arah pantai, pekikan bermula sekali lagi, dengan seruling, serunai, dan sepasukan besar penyanyi dan penari. Dengan majlis ini,barulah pemerintah baru tersebut diterima, dan dikenali sebagai tuhan dan raja.

Dipercaya bahwa ritual-ritual ini telah dijalankan oleh Muiska di beberapa buah danau di wilayah mereka.

Kota Muiska dan peradabannya jatuh dengan cepat oleh conquistador. Setelah melihat semula wilayah yang ditakluki, Orang-orang Spanyol menyadari bahwa — berdasarkan jumlah emas di tangan Orang-orang Indian — sebenarnya tidak ada 'golden cities' atau bandar emas, maupun lumbung yang kaya dengan emas, karena Muiska menjual semua emas mereka. Tetapi pada masa yang sama, Spanyol pertama kali mendengar cerita-cerita mengenai El Dorado dari orang Indian yang ditawan. Lalu membunuh mereka untuk mengambil alih laguna Guatavita.

Guatavita pada hari ini mempunyai lekuk pada cerun tepinya, peninggalan cubaan mengeringkan danau tersebut pada 1580.

Ekspedisi

El Dorado digunakan bagi negeri rekaan dimana emas dan batu permata terdapat dalam jumlah yang banyak. Konsep El Dorado melalui banyak perubahan, dan akhirnya kisah mitos yang lebih awal digabungkan dengan bandar lagenda. Kisah El Dorado yang terhasil menarik minat penjajah Eropah selama dua abad, tidak pernah dijumpai, sentiasa hanya dipinggir had penjajahan.

Pengembaraan paling terkenal dalam pencarian El Dorado dilakukan oleh Francisco de Orellana dan Gonzalo Pizarro (1541), yang menghilir Sungai Napo ke lembah Sungai Amazon sehingga ke deltanya.

Ekspedisi lain termasuk oleh Philipp von Hutten (15411545), yang mengetuai kumpulan penjelajah dari Coro persisiran Venezuela; dan Gonzalo Jiménez de Quesada, Governor of El Dorado, yang bermula dari Bogotá (1549).

Sir Walter Raleigh, yang menyambung pencarian dari 1595, menggambarkan El Dorado sebagai bandar di Tasik Parima jauh di Orinoco di Guayana (hari ini Venezuela). Bandar ini di tasik ditanda di England dan peta lain sehingga kewujupannya dibukti palsu oleh Alexander von Humboldt (17691859).

Antara cerita menarik adalah yang dikisahkan oleh leftenan Martinez bawah Diego de Ordaz, yang mendakwa diselamatkan dari kapal pecah, di bawa ke pendalaman di Omoa oleh "El Dorado" sendiri (1531);

Metafora

Dalam mitos Muiska hari ini, El Dorado (Mnya) melambangkan kuasa terkandung dalam triniti Chiminigagua, yang membentuk kuasa kreatif bagi semua benda yang wujud. Chiminigagua, bersama Bachué, Cuza, Chibchachum, Bochica dan Nemcatacoa, salah satu pencipta alam sejagat.

Sementara itu nama El Dorado telah digunakan secara metafor bagi semua tempat di dunia di mana kekayaan didapati dengan mudah. Ia diberikan kepada El Dorado County, California, dan bandar dan pekan di pelbagai negeri. Dalam penulisan lagenda ini sering disebut, terutama yang paling terkenal adalah Paradise Lost oleh John Milton(Book xi. 408-411) dan dalam Candide oleh Voltaire (chs. 18, 19). "El Dorado" adalah judul dan subjek empat versa puisi oleh Edgar Allan Poe.

El Dorado juga kadang kala digunakan sebagai metafor sebagai matlamat akhir atau "Piala Suci" yang dicari-cari sepanjang hayat. Ia mungkin melambangkan cinta sebenar, syurga, kegembiraan, atau kejayaan. Ia juga kadang kala digunakan sebagai kiasan bagi sesuatu yang amat dikehendaki tetapi mungkin tidak benar, atau sekurang-kurangnya tidak mungkin tercapai. Kegunaannya jelas dalam puisi Edgar Allan Poe yang terkenal, "El Dorado". Dalam konteks ini, El Dorado menyerupai mitos lain seperti Pancutan Remaja, Shangri-la, dan pada sesetengah tahap dengan istilah "paus putih" yang merujuk kepada ketaksuban Kapten Ahab dalam buku Moby Dick.

Lihat pula

Referensi

  • Bandelier, A. F. A. The Gilded Man, El Dorado (New York, 1893).
  • Freyle, Juan Rodriguez. El Carnero: Conquista y descubrimiento del Nuevo Reino de Granada. ISBN 84-660-0025-9
  • Hagen, Victor Wolfgang von. The Gold of El Dorado: The Quest for the Golden Man
  • Nicholl, Charles. The Creature in the Map, London, 1995 ISBN 0-09-959521-4

Pranala luar

Kembali kehalaman sebelumnya